Sunday, 16 July 2017

Suamiku Haruan Makan Anak,Adam Jadi Mangsa Liw@t Lagi

loading...
Suamiku Haruan Makan Anak,Adam Jadi Mangsa Liw@t

Hati keibuannya hancur saat anak tersayang disahkan menjadi mangsa liwat. Suami yang diharap boleh menjadi tempat berlindung, rupa-rupanya bernafsu binatang.
Demi kasihkan anak yang tidak berbapa, Rohani*, 35 membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Sementelah dia juga tiada tempat bergantung, jadi dengan perkahwinan kali ini dia berharap ada tempat untuk mengadu nasib. 

Pada awal perkahwinan, kehidupan mereka sekeluarga berjalan seperti biasa. Sama seperti keluarga normal lain. Suaminya dilihat cukup menyayangi anak tunggalnya,  Adam*, 13. Keakraban kedua-duanya membuatkan Rohani senang hati kerana yakin Adam bahagia di samping ayah barunya.

Disebabkan suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan, jadi jadual waktunya tidak menentu. Seminggu dia bekerja pada waktu siang dan seminggu pada sebelah malam, Begitulah jadual kerjanya. Jadi, ada waktunya Adam akan tinggal berdua dengan suami jika Rohani keluar menjadi rezeki.

“Adam sudah besar jadi saya tidak menghantarnya kepada pengasuh. Lagipun dia pandai menguruskan diri. Sejak berkahwin, suami saya akan menjaganya jika dia bekerja pada sebelah malam. Waktu mula meninggalkan mereka berdua, saya tidak nampak sebarang perubahan. Namun sejak April 2016 saya dapat lihat Adan sudah berubah sikap,” katanya.

Tambah Rohani, Adam anak yang cukup baik, peramah dan ringan tulang. Ada sahaja cerita yang akan dikongsi denga Rohani setiap kali dia pulang dari tempat kerja. Tetapi sejak beberapa bulan lalu, Adam nampak berbeza. Dia lebih suka menyendiri dan kadangkala termenung panjang.

Ada beberapa kali Rohani cuba bertanya kepada Adam. Namun, si anak hanya tersenyum dan memberitahu tiada apa yang berlaku kepadanya. Tetapi hati Rohani kuat mengatakan Adam ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Pilih Anak Daripada Suami
Satu hari Rohani mendapat panggilan telefon daripada guru yang mengajar Adam. Dia meminta Rohani datang ke hospital kerana sesuatu telah terjadi kepada anaknya. Tiba sahaja di hospital, barulah segalanya terbongkar.

“Hancur hati saya apabila doktor memberitahu Adam menjadi mangsa liwat.

 Waktu itu tiada sesiapa yang terlintas di fikiran saya melainkan suami yang melakukan perbuatan terkutuk ini, kerana pernah beberapa kali saya ternampak Adam cuba lari  daripadanya dan  raut wajahnya juga kelihatan takut apabila terpandang ayahnya. Saya tidak mengesyaki apa-apa pada ketika itu tetapi kini saya sudah adajawapannya,” ujar Rohani sambil mengalirkan air mata.

Tambah Rohani, keadaan Adam agak serius. akbat sering diliwat, ususnya mengalami masalah hingga menyukarkannya untuk membuang air besar. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya waktu itu. Sedih dan marah bercampur-baur terhadap lelaki keparat itu.

Atas nasihat doktor, Rohani membuat laporan. Dia bertekad mahu lelaki itu mendapat balasan yang setimpal. Kasihnya sebagai isteri hilang serta-merta kesan perbuatan tidak berhati perut si suami.

“Saya lagi kasihkan anak daripada dia. Ini anak kandung saya dan dialah nyawa saya. Tergamak dia menjadikan anak saya mangsanya. Sehari selepas saya membuat laporan polis, suami ditahan pihak polis. Selepas siasatan dilakukan, dia didapati bersalah kerana meliwat anak saya. Sejak dari setik itu, saya tidak lagi berjumpa dengannya kerana dia dihukum penjara,” katanya.

Biarpun masih bergelar isteri, Rohani sendiri tidak pasti sampai bila hubungan ini akan terjalin. Buat masa sekarang dia tidak mahu memikirkannya. Hatinya masih bengkak dan tidak boleh menerima lelaki itu dan marahnya masih membara. Dia serahkan segalanya kepada Allah, Adam lebih utama buat masa sekarang.

Pulihkan Semangat Si Anak
Bukan mudah untuk Rohani merawat anaknya. Adam seakan trauma dengan tragedi yang menimpanya. Kalau dulu dia cukup petah berkata-kata, kini agak sukar untuk mendengar suaranya.

“Saya sering menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku kepada Adam. Jika saya tidak mengahwini lelaki itu pasti Adam tidak perlu melalui semua ini. Kini, saya masih dalam usaha untuk memulihkan semangat Adam. Saya tidak mahu trauma ini menghantuinya sampai dia dewasa. Setiap hari saya cuba bercakap dan meluangkan masa dengannya supaya dia tida rasa sunyi,” ujarnya.

Dia sedar sukar untuk memulihkan anaknya, tetapi Rohani akan cuba. Selain merawatnya sendiri, Rohani juga menghantar Adam menghadiri sesi kaunselling. “Ini penting untuk mengembalikan keyakinan diri Adam dan pada masa yang sama saya berharap dia dapat melupakan peristiwa hitam itu. Sementelah dia tidak perlu lagi berjumpa lelaki itu, jadi ini sedikit sebanyak membantu Adam untuk kembali menjalani kehidupan normal seperti remaja lain.
*bukan nama sebenar
*Rencana ini dipetik dari Majalah Jelita edisi Januari 2017
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: