Wednesday, 5 July 2017

Ramai Pelik Pelamin Nikah Macam Gereja

loading...
Ramai Pelik Pelamin Nikah Macam Gereja

Setiap pasangan pengantin mahukan rekaan pelamin yang serba indah bagi meraikan hari penuh bersejarah mereka.

Namun, tidak semua rekaan pelamin mendapat pujian walaupun ia dihasilkan dengan penuh teliti dan terbaik.

Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter apabila sebuah pelamin akad nikah yang dihasilkan oleh Cenderawasih Weddings disamakan seperti susun letak di dalam gereja.

Gambar-gambar itu dikongsikan oleh pengguna bernama Syed Amin dan mendapat kicau semula (retweet) sebanyak 15,000 kali dan lebih 14,000 likes.

Tulisnya: "Whoever designed the akad for my cousin, hit me up. (Sesiapa yang telah mereka pelamin akad nikah untuk sepupu saya, silakan bersuara)."
 



Entry itu telah mendapat respons daripada pengguna media sosial dan rata-ratanya mengecam susun letak kerusi dan pelamin yang mirip kedudukan dalam sesebuah gereja.

"Cantik... Tapi nampak seperti dalam gereja. Kalau memang diinspirasikan rekaan dalaman gereja pun, tak salah kan?" tulis Ilyana Maliki.

"Nampak seperti dalam gereja sebab ada bunga dan kerusi kayu," kata Yanna Jenny.





Namun begitu, rekaan pelamin itu juga mendapat pujian netizen dan mengimpikan untuk bersanding di atas pelamin sama.

"Weh lawanya! Siapa yang reka dan dimanakah lokasinya? Perlu simpan nombor pereka pelamin ini untuk majlis saya suatu hari nanti," puji Mary Marina.

"Tak kisahlah kalau rekaannya diinspirasikan daripada gereja sekali pun, bagi aku memang lawa," kata Wthafiz.






Teks oleh: Amri Hassan
loading...
kongsikan artikel ini

1 comments:

Mrs Pip said...

Tak nampak mcm gereja ,
Nampak mcm kerusi disusun dalam dewan..
Semuanya sgt indah....
Dan gabungan warna semua menjadi..
Thumbs up designer.