Sunday, 9 July 2017

Rakaman Tragis Pengantin Perempuan Maut Helikopter Terhempas Didedahkan

loading...
Rakaman Tragis Pengantin Perempuan Maut Helikopter Terhempas Didedahkan

Rakaman video membabitkan insiden nahas helikopter terhempas yang mengorbankan bakal pengantin perempuan dan tiga mangsa lain yang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan di Recanto Beija-Flor di Saou Lourenco da Serra, Sao Paulo, Brazil pada Disember tahun lalu didedahkan, hari ini.
Rakaman menyayat hati memaparkan detik-detik kemalangan nahas melibatkan bakal pengantin, Rosemeira Silva Nascimento, 32 yang mahu membuat kejutan kepada bakal suaminya dan 300 tetamu disiarkan dalam talian oleh portal berita, G1 Oficial, lapor Daily Mail.
Ketika kejadian, mangsa bersama juruterbang, Peterson Pinheiro; jurugambar yang hamil enam bulan, Nayla Cristina Neves serta abangnya, Silvano Nascimento da Silva menaiki helikopter model Robinson R44 menuju ke lokasi majlis perkahwinan yang terletak di kawasan mewah di pinggir bandar Sao Paulo.
Bagaimanapun, beberapa minit memulakan penerbangan, helikopter dipandu juruterbang itu dipercayai hilang kawalan sebelum terhempas di kawasan hutan berhampiran padang bola sepak kira-kira satu batu dari lokasi majlis perkahwinan.
Pegawai Aeronautik Kolonel Luís Lupoli berkata, rakaman dan gambar menunjukkan kemungkinan juruterbang itu melakukan kesilapan pada saat akhir penerbangan, memetik Daily Mail.
Berdasarkan klip video tersebut, pengantin wanita yang anggun itu kelihatan gembira dan teruja sambil melihat pemandangan luar dari tingkap helikopter.
Namun, keadaan bertukar apabila penggera berbunyi dan rakaman mula bergegar, selain kedengaran penumpang yang dalam keadaan panik menjerit.
Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi kuat helikopter terhempas namun kamera masih lagi merakam insiden tragis itu.
Polis Sao Paulo bersama pakar aeronautik telah menyiasat bagi mengetahui punca helikopter itu terhempas.
Berdasarkan penelitian rakaman, laporan menyatakan kemalangan mungkin berpunca kerana helikopter dipandu juruterbang itu melanggar pokok memandangkan tahap penglihatan ketika kejadian teruk kerana cuaca hujan dan awan berkabus.
Agensi Penerbangan Awam Kebangsaan menyatakan semasa nahas berlaku, helikopter itu mempunyai kebenaran untuk terbang sehingga 1 Februari 2017 dengan kapasiti tiga orang tidak termasuk juruterbang.
Perjalanan ke lokasi majlis perkahwinan hanya mengambil masa 15 minit.
Lapan jentera bomba bergegas ke tempat kejadian tetapi tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan mangsa.
Media sebelum ini yang memetik perancang perkahwinan sebagai berkata, pengantin lelaki tidak dapat menerima berita kematian bakal isterinya.
video
“Setiap bakal pengantin mempunyai impian untuk melakukan sesuatu yang luar biasa pada hari bersejarah mereka. Begitu juga Rosemeire yang mahu hadir ke majlis perkahiwinan dengan menaiki helikopter tanpa diketahui sesiapa,” kata Carlos Eduardo Batista.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: