Sunday, 9 July 2017

Puteri Sa’adong ,Manusia Atau Bunian?

loading...

Puteri Sa’adong merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang dan Raja Loyor yang berasal dari Pattani. 
Mereka telah membuka sebuah petempatan di negeri Kelantan kerana tertarik dengan kecantikkan dan keindahan yang ada di tempat tersebut. Cik Siti Wan Kembang telah menamakan tempat tersebut sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga.
 Istilah ‘serendah’ diambil sempena tanah di kawasan tersebut yang agak rata. Dari situlah wujudnya nama Kampung Serendah Sekebun Bunga yang masih lagi kekal di Ketereh, Kelantan sehingga sekarang.
 Cik Siti Wan Kembang menceritakan perihal tempat tersebut kepada anaknya, Puteri Sa’adong. Puteri Sa’adong tertarik dan ingin melihat sendiri kecantikkan yang ada di Tanah Serendah Sekebun Bunga tersebut. 
Permintaan Puteri Sa’adong dipenuhi oleh Cik Siti Wan Kembang lalu membawanya ke situ. Cik Siti Wan Kembang terpaksa kembali ke Pattani setelah barang dagangannya habis dan meninggalkan Puteri Sa’adong di Tanah Serendah Sekebun Bunga.
tanah_serendah
taman
Setelah agak lama menetap di kampung tersebut, Puteri Sa’adong merasakan tempat tersebut tidak sempurna tanpa adanya taman bunga, tempat bersiram dan tempat bersuka ria sepertimana layaknya seorang puteri raja. 
Disebabkan itu, telah dibina sebuah taman bunga untuk baginda menghiburkan hati. Manakala, tempat bersiram yang terawal pula dibina berhampiran tebing sungai dan di atas tebing sungai itu merupakan tempat Puteri Sa’adong meletakkan gajahnya.
 Puteri Sa’adong tinggal dalam keadaan aman dan sentosa bersama panglima-panglimanya sehingga keberadaan Puteri Sa’adong diketahui oleh Raja Abdullah yang menduduki singgahsana di Istana Mahligai yang kini dikenali sebagai Kampung Melor. 
Kecantikkan rupa paras Puteri Sa’adong menyebabkan Raja Abdullah ingin menjadikannya permaisuri baginda.
kolam
Adat istiadat peminangan ke atas Puteri Sa’adong telah dilakukan dan diterima oleh baginda puteri. Setelah dua tahun berkahwin, Raja Abdullah telah membawa Puteri Sa’adong ke Istana Mahligai sebagai seorang raja dan permaisuri. 
Kecantikkan Puteri Sa’adong ini akhirnya sampai ke pengetahuan Raja Siam dan menyebabkan Raja Siam ingin mengahwini Puteri Sa’adong walaupun Puteri Sa’adong merupakan isteri kepada raja Abdullah. 
Raja Siam mengancam untuk menganggu kesejahteraan kerajaan mereka sekiranya enggan melepaskan Puteri Sa’adong. 
Dengan kerelaan hati, Puteri sa’adong mengambil keputusan utuk mengikut Raja Siam asalkan kesejahteraan kerajaan mereka tidak diancam. Perjanjian antara mereka dibuat yang mana Raja Siam tidak boleh menyentuh Puteri Sa’adong dan Raja Abdullah tidak boleh berkahwin lain.
Puteri_Sa_dong
Namun begitu, setelah tiba di Siam, Raja Siam cuba untuk menyentuh Puteri Sa’adong. Dengan tidak sewenangnya, badan Raja Siam telah ditumbuhi kudis dan nanah ketika tersentuh Puteri Sa’adong. 
Raja Siam sangat menderita kerana yang dialaminya tidak kepalang malah tiada seorang pun yang mampu menyembuhkan baginda. Puteri Sa’adong telah menawarkan diri untuk merawat penyakit Raja Siam dan sebagai balasannya Raja Siam perlu menghantar Puteri Sa’adong kembali kepada Raja Abdullah. Syarat itu dipersetujui oleh Raja Siam. 
Puteri Sa’adong terus menyediakan segala jenis air termasuklah air dari tapak kakinya. Campuran air tersebut dimandikan ke seluruh badan Raja Siam dan dengan itu juga Raja Siam sembuh daripada sakit yang dideritainya. Setelah pulih seperti sediakala, Raja Siam menetapi janjinya untuk menghantar Puteri Sa’adong kembali kepada pangkuan Raja Abdullah.
puteri_saadong
Setibanya Puteri Sa’adong di Istana mahligai, baginda puteri terkejut kerana Raja Abdullah telah mungkir janji dan telah berkahwin dengan wanita lain. Puteri Sa’adong sangat murka dengan perbuatan Raja abdullah. Tanpa berfikir panjang Puteri Sa’adong telah membunuh Raja Abdullah. 
Ada yang mengatakan Puteri Sa’adong menikam Raja Abdullah tepat pada dada kirinya dengan menggunakan pemacak sanggul dan ada juga mengatakan baginda ditikam dengan keris kecil yang dipacakkan pada pakaian Puteri Sa’adong.
 Puteri Sa’adong kemudiannya dikatakan telah meninggalkan tempat tersebut dan meninggalkan segala peralatan memasak seperti pinggan mangkuk yang banyak di sebuah gua. 
Ianya bertujuan untuk membantu rakyatnya dalam mengadakan majlis keramaian dan perkahwinan tetapi dengan syarat barang-barang tersebut perlu dipulang ke tempat asal dalam keadaan baik.
cucuk
Dari generasi ke generasi, Puteri Sa’adong akan datang melawat gua tersebut untuk melihat pinggan mangkuknya. Namun begitu, rakyatnya tidak menjaga pinggan mangkuk tersebut dengan baik. 
Hal ini telah menyebabkan Puteri Sa’adong kecewa dan telah memerintahkan hulubalangnya untuk membuang semua pinggan mangkuk itu ke sebuah lubuk. Lubuk itu kemudiannya telah membentuk tiga batu besar di mana susunan pinggan mangkuk tersebut dibuang. 
Lubuk itu kemudiannya dipanggil “Lubuk Batu Karang”. Mengikut cerita penduduk, mereka mendakwa bahawa Puteri sa’adong merupakan golongan bunian kerana baginda tidak pernah menampakkan kecantikkan kecuali kepada Raja Abdullah dan mereka yang berdarah raja sahaja. 
Puteri sa’adong dikatakan golongan buniaan kerana telah menyisihkan dirinya daripada kalangan manusia setelah menyedari kesilapannya membunuh raja Abdullah. 
Tempat terakhir yang disinggahi Puteri sa’adong sehinnga kini adalah di Gunung Ayam, Dabong, Kuala Krai. 
Dikatakan sesiapa yang pernah terserempak dengan Puteri sa’adong akan hilang akal dan lupa akan segala-galanya. Namun, tiada siapa yang dapat mensahihkan perkara ini sama ada Puteri Sa’adong betu-betul bunian ataupun manusia dan betulkah mereka akan hilang akal jika bertemu dengan Puteri Sa’adong.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: