Sunday, 9 July 2017

Nasi Minyak Pasangan Engku Emran Dan Laudya Cinta Bella Semakin Berbau

loading...
Nasi Minyak Pasangan Engku Emran Dan Laudya Cinta Bella Semakin Berbau

Nampaknya spekulasi mengenai hubungan cinta antara Engku Emran dengan pelakon dari Indonesia Laudya Cinta Bella hampir terjawab!

Adakah ini tanda bau nasi minyak pasangan ini makin hampir nak dihidu hihi..

Buktinya, pasangan ini dilihat semakin terbuka berkongsi mengenai status hubungan tersebut di laman Instagram masing-masing pada Sabtu.

Engku Emran menerusi laman sosialnya memuat naik sebuah video dengan kapsyen ‘mind blowing’ yang memperlihatkan seorang lelaki sedang menggunting sehelai kertas hitam yang pada akhirnya membentuk imej seorang wanita.

Hasil seni itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mengandaikan ia mirip wajah Laudya.
A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on

“Sungguh luar biasa bakat yang dimilikinya,” tulis Engku Emran pada kapsyen gambar tersebut.

Lakaran potongan kertas hitam berbentuk wajah Engku Emran dimuatnaik beliau di akaun instagramnya @iamkumbre sambil ‘tag’ nama @laudyacynthiabella.

Dalam pada itu, Instagram Laudya yang memiliki 17.2 juta pengikut menerusi Insta Story turut memuat naik gambar lakaran seorang lelaki dan wanita mirip dirinya dan Engku Emran.

Mengukuhkan lagi kenyataan, gambar tersebut adalah sama seperti dipaparkan Engku Emran di Instagramnya.

Ehemm…adakah semua ini tanda episod percintaan dua figura tersohor ini bakal bermula?
Terdahulu sekitar Jun lalu, laman sosial dan portal hiburan di Indonesia mulai kecoh untuk mengetahui siapakah Engku Emran selepas dia dikhabarkan menjalinkan cinta Laudya.

Pelakon wanita yang dikenali menerusi filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu dikatakan memuat naik foto dan video dengan kapsyen berkaitan lelaki yang digelarnya sebagai E.



Sekeping kad dimuatnaik Laudya menerusi insta story pada jumaat seakan menjelaskan bahawa pasangan ini semakin terbuka berkongsi status hubungan dirinya bersama Engku Emran.
Menerusi beberapa video, E yang mungkin dirujuk sebagai Engku Emran dilihat turut berada dalam sebuah majlis yang disertai Laudya di Indonesia.
Laudya, 29, juga rakan baik kepada pelakon Nora Danish dikatakan sering meninggalkan komen dan tanda suka pada status Engku Emran.
Bagaimanapun, sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengesahkan sejauih manakah hubungan mereka seperti heboh diperkatakan.
Engku pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.
Pasangan ini dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: