Tuesday, 4 July 2017

Malang Seekor Kucing Betina Apabila Ekornya Dipotong !

loading...
Malang Seekor Kucing Betina Apabila Ekornya Dipotong !

KEJAM ! Malang Nasib Seekor Kucing Betina Apabila Ekornya Dipotong !
Kucing malang itu ditemui oleh seorang individu bernama Tensyen Gile (Facebook) ketika sedang makan di sebuah bengkel.

"Masa tengah makan depan bengkel, datanglah sayang ni dok bawah meja. Panggil-panggil aku sebab nak minta makanan sikit. Dah bagi makan, dia pandang aku dengan muka sedih. 

"Kenapa ni?" soalnya pada haiwan kesayangan Nabi Muhammad itu.

Seakan-akan faham dengan soalan yang diajukan, kucing itu berpaling dan menunjukkan bahagian belakang ekornya yang telah dipotong.

"Sedih, sedih sangat tengok keadaan dia. Sedangkan kita sebagai manusia yang baru tercucuk jarum di jari pun dah menggelupur. Inikan pula seekor kucing yang dipotong ekor?" keluhnya yang sangat bersimpati dengan nasib kucing seakan-akan baka Burmilla berkenaan.

"Apa yang dia rasa? Macam mana dia menahan sakit tanpa ada bantuan dari sesiapa? Menanggung azad dan sakit sendirian. Dalam hati aku minta 'Ya Allah, kau temukanlah aku dengan si penzalim, biar aku dapat membalas perbuatan dia pada seekor kucing di atas dunia ini dan kau tunggulah dia untuk mendapat balasan di akhirat nanti'," katanya. 

Kezaliman dan penganiayaan terhadap kucing kerap terjadi di negara kita. Namun, kelemahan penguatkuasaan undang-undang melindungi haiwan-haiwan peliharaan seperti ini menyebabkan si pelaku tidak takut dan perkara seperti ini akan berulang lagi. 

Justeru, para pencinta kucing tiada jalan lain selain dari merakam dan menyebarkan kejadian seperti ini di laman sosial agar ada pihak yang tampil membantu dan mengambil tindakan yang tegas terhadap si pelaku. 


loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: