Sunday, 9 July 2017

MAJLIS KAHWINNYA DIIKTIRAF 'ASIAN WEDDING OF THE YEAR', GAYA PENGIRAN ANAK SARAH TETAP CURI TUMPUAN

loading...
MAJLIS KAHWINNYA DIIKTIRAF 'ASIAN WEDDING OF THE YEAR', GAYA PENGIRAN ANAK SARAH TETAP CURI TUMPUAN

Masih terbayang saat gemilangnya majlis perkahwinan Putera Mahkota Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman kira-kira 13 tahun lalu hingga diiktiraf sebagai ‘Asian Wedding Of The Year.
Pasangan diraja ini mengenakan busana rona biru dan majlis perkahwinan ini dirai dan dihadiri orang kenamaan, anggota keluarga diraja asing serta ketua-ketua kerajaan di Istana Nurul Iman.
Kedua-dua pasangan diraja ini telah dibawa dengan kereta open-topped Rolls-Royce yang diselaputi dengan emas dan berjalan di seluruh Bandar Seri Begawan, di mana mereka telah disambut oleh orang ramai di sepanjang jalan.
Setelah hampir 13 tahun berkahwin, baginda berdua kini begitu bahagia dikurniakan 2 putera, Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia, Pengiran Muda Abdul Muntaqim (2007), Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, (2015)  dan seorang puteri, Duli Yang Teramat Mulia, Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, (2011) yang semakin membesar.
Walaupun masih muda, Pengiran Anak Sarah memang bergiat aktif dalam bidang kebajikan di Brunei. Baginda juga sering mencemar duli berangkat untuk menjalankan tugas selaku isteri kepada Putera Mahkota Brunei.
Keberangkatan baginda dalam setiap majlis sama ada di Brunei atau di peringkat antarabangsa sering kali menarik perhatian setiap mata memandang.
Lensa kamera tidak jemu-jemu untuk mengambil gambar baginda. Penampilan dan fesyen yang digayakan beliau sentiasa mencerminkan imej wanita timur yang jelita.
Biarpun jarang melihat kelibat di media cetak, tetapi melalui instagram Brunei Royal Family baru-baru ini ada dimuat turun foto Pengiran Anak Sarah sempena sambutan Syawal lalu.
Ternyata Pengiran Anak Sarah masih cantik seperti dulu dengan penampilan yang sentiasa anggun dan jelita.
Biarpun sekadar mengenakan kurung moden dan selendang polos, kejelitaan tetap terserlah walaupun hanya bermekap sederhana.
Menjadi idola rakyat Brunei, Pengiran Anak Sarah juga baru-baru ini mencemar duli berkolaborasi bersama jenama skaf atau tudung tempatan terkenal, Duck untuk menghasilkan koleksi The Royal Duck.
Penghasilan rekaan ini adalah untuk berkongsi interpretasi beliau tentang kehebatan wanita pada hari ini.
Memang tak puas melihat foto-foto yang dimuat turut dalam IG dan admin doakan semoga pasangan diraja ini kekal bahagia hingga ke jannah.

#Throwback


Hadir Beri Sokongan


Putera & Puteri


TRIVIA PENGIRAN ANAK SARAH:

• Dilahirkan dengan nama Dayang Sarah binti Pengiran Salleh Ab Rahman pada 9 April 1987.
• Memasuki St. Andrew's School dari tahun 1993 hingga 1998. Kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, dah berjaya untuk lulus peringkat O-level pada tahun 2003.
• Berkahwin dengan Semasa menghadiri kursus pra-universiti pada usia 17 tahun, beliau telah berkahwin dengan Putera Mahkota.
• Baginda mendaftar di Universiti Brunei Darussalam, di mana telah lulus dengan Kepujian Kelas Pertama pada bulan Oktober 2010 serta menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam.
• Pengiran Anak Sarah juga adalah seorang ahli kadet tentera di universiti dan penjaring terbanyak dalam pasukan bola jaring di universiti tersebut.
SUMBER:

loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: