Tuesday, 4 July 2017

Kubur Gadis 16 Tahun Di Gali Semula Oleh Pengamal Ilmu Hitam Selepas 3 Hari Dikebumikan.Apa Yang Dilakukan Sangat Mengejutkan

loading...
Kubur Gadis 16 Tahun Di Gali Semula Oleh Pengamal Ilmu Hitam Selepas 3 Hari Dikebumikan.Apa Yang Dilakukan Sangat Mengejutkan

Indonesia – Kubur seorang gadis yang maut dalam satu kemalangan telah di gali semula oleh individu tidak dikenali hanya selepas tiga hari dikebumikan.
Kejadian tersebut telah menyebabkan penduduk kampung di Sulawesi Selatan terkejut dengan berita yang tersebar luas di kawasan tu.
Ianya telah menimbulkan ketakutan dikalangan penduduk di Dusun Kampung Beru, Kampung Bontosunggu kerana mereka percaya bahawa perbuatan tersebut adalah berkait rapat dengan pengamal ilmu hitam
Gadis terbabit yang dikenali sebagai Selvia telah meninggal dunia akibat daripada kemalangan jalan raya pada tiga hari yang lepas.
Menurut laporan Suara.TV, pihak polis telah memberitahu bahawa kain kapan serta tali pada jenazah masih utuh dan tiada sebarang kehilangan dilaporkan walaupun ketika jenazah terbabit dijumpai dalam keadaan kain kapannya sedikit terbuka.
“Kami telah pun membuat pemeriksaan ke atas jenazah Selvia dan mendapati jenazahnya berada dalam keadaan penuh malah tali pengikat yang berada pada jenazah juga tiada satu pun hilang serta kedudukan mayat dalam kubur seperti biasa,” kata salah seorang pegawai polis terbabit.
Saksi pertama kejadian tersebut merupakan seorang suri rumah tangga bernama Lenteng 34 tahun yang tinggal di kawasan berhampiran dengan tanah perkuburan terbabit.
“Saya hanya menyedari kejadian tersebut ketika baru bangun tidur pada pagi dan mendapati terdapat kubur seperti telah di gali,” kata Lenteng.
“Menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan kubur terbabit saya terus pergi ke sana untuk memeriksa dan amat terkejut melihat keadaan kubur terbabit dengan jenazah Selvia kelihatan,” katanya lagi.
Berita mengenai kejadian tersebut tersebar dengan pantas sehinggakan kawasan perkuburan tersebut menjadi tumpuan penduduk di sekitar.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: