Monday, 10 July 2017

Kes Thaqif: Ibu kecewa, kalau kencing tikus kenapa kena potong kaki?

loading...
Ibu Thaqif tolak hasil bedah siasat, tak masuk akal akibat kencing tikus

[​IMG]
[​IMG]




PETALING JAYA: Ibu kepada pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menolak laporan bedah siasat diumumkan hari ini yang merumuskan anaknya meninggal dunia akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.

Ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad yang kecewa dengan keputusan bedah siasat itu, mempersoalkan pihak hospital kenapa perlu memotong kaki anaknya jika betul Thaqif dijangkiti kencing tikus yang boleh dikesan dengan awal.

“Secara logik, kalau kencing tikus, kenapa nak potong kaki? Saya nak tanya kenapa nak potong kaki anak saya kalau kencing tikus. Kencing tikus mesti kesan awal.

"Paling lewat 1 atau 2 minggu, macam kes di Kelantan baru-baru ini.

“Saya ni cikgu, tidak payah manipulasi yang bukan-bukan. Saya memang terkilan. Daripada arwah (Thaqif) masuk hospital, doktor kata tak tahu kuman apa. Ini tiba-tiba beritahu kencing tikus, tak masuk akal. Saya tidak boleh terima,” katanya kepada FMT.

Thaqif dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 19 April lalu selepas pembantu warden asrama Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kampung Lukut, Kota Tinggi didakwa memukulnya dengan paip getah.


Kedua-dua kaki pelajar berusia 11 tahun itu dipotong selepas mengalami pembekuan darah, sementara tangan kirinya dijadualkan dipotong sebelum kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir.

Kubur pelajar itu digali semula pada 18 Mei lalu sambil disaksikan ahli keluarga, polis dan perwakilan mahkamah, bagi membolehkan sampel kaki Thaqif diambil untuk tujuan siasatan.

Hari ini, laporan bedah siasat merumuskan leptospirosis atau kencing tikus, bukannya trauma akibat pukulan sebagai punca Thaqif mendapat jangkitan pada kulit dan darah sebelum meninggal dunia pada 26 April lalu
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: