Thursday, 6 July 2017

Kajol Dan Ajay Devgan Hantar Anak Ke Sekolah Terbaik Di Singapura

loading...
Kajol Dan Ajay Devgn Hantar Anak Ke Sekolah Terbaik Di Singapura

Kajol dan Ajay Devgn akan dilihat lebih kerap berulang alik dari Mumbai ke Singapura bermula bulan Ogos nanti dek kerana anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun, Nysa akan memasuki United College of Southeast Asia.

 Sekolah tersebut dikatakan merupakan sebuah sekolah antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia yang mana sebelum Sonam Kapoor juga seorang alumna dari sekolah itu.


“Kajol dan Ajay kedua-duanya mahukan anaknya mendapat pelajaran yang terbaik. Pada awalnya, mereka mahu menghantar anaknya ke sebuah universiti di United Kingdom kerana keluarga Devgns mempunyai sebuah rumah di London dan ia menjadi lokasi percutian kesukaan mereka. Namun, mereka berubah fikiran untuk menghantarnya ke Singapura atas sebab jarak yang lebih dekat antara Mumbai dan Singapura serta lebih banyak penerbangan antara dua negara itu setiap hari. Jadi ia membolehkan keluarga itu untuk lebih mudah berjumpa,” ujar sumber kepada media di India.
Ada khabar juga menyatakan yang mana Kajol dan anak perempuannya bakal terbang ke Singapura pada bulan Julai nanti untuk menyelesaikan persiapan sebelum sekolahnya bermula.

Gambar : Sumber Google
Bahkan ada juga ura-ura yang keluarga Devgn berkemungkinan bakal menyewa sebuah rumah di kota singa itu untuk beberapa tahun kerana mahu lebih dekat bersama seisi keluarga.

Anak bintang ternama Bollywood lain yang turut meneruskan pembelajaran di luar negaa termasuklah anak sulung Shah Rukh Khan dan Gauri Khan iaitu Aryan Khan yang mana kini menuntut di sebuah universiti di California dan anak perempuan, Suhana di sebuah sekolah di London.

Cucu kepada Amitabh Bachchan iaitu Nayya Naveli Nanda pula meneruskan pelajaran di sebuah universiti di New York.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: