Tuesday, 4 July 2017

Comelnya Raja Nazira Safya,Puteri Perak Yang Ceria

loading...
Comelnya Raja Nazira Safya,Puteri Perak Yang Ceria

Masihkah anda ingat akan puteri kesayangan seluruh rakyat di Negeri Perak yang comel ini? Pernah satu ketika selepas pertabalan ayahanda baginda Raja Nazira Safya iaitu Sultan Nazrin Shah sempena dinaikkan takhta menjadi Sultan Perak yang ke 35 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah, gambar-gambar baginda Raja Nazira Safya telah menjadi tular dan menarik perhatian rakyat Malaysia.

Raja Nazira Safya
Raut wajahnya yang comel telah menarik perhatian nitizen seluruh rakyat Malaysia apabila gambar-gambar Raja Nazira Safya tersebar di dunia internet.

Gambar aksi baginda yang bersahaja seringkali menjadi “default picture” kepada kebanyakan profile pengguna di media sosial seperti facebook, twitter dan bermacam-macam lagi. Teruskan membaca untuk lebih kenali baginda Raja Nazira Safya.
Raja Nazira Safya
Raja Nazira Safya bersama kandanya Raja Azlan Muzzaffar Shah
Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, Raja Nazira Safya adalah anakanda kedua dan satu-satunya puteri buat Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35) dan juga Tuanku Zara Zalim (Permaisuri Perak ke 35).

Baginda Raja Nazira Safya punyai kekanda yang bernama Raja Azlan Muzzaffar Shah dengan perbezaan umur 3 tahun selepas kekanda baginda Raja Nazira Safya dilahirkan.
Raja Nazira Safya
Puteri negeri Perak yang comel dan disayangi rakyat jelata ini tidak lain tidak bukan Raja Nazira Safya telah dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor. Baginda dilahirkan pada jam 10:30 pagi bertarikh 2 Ogos 2011.

Raja Nazira Safya juga merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34) dan Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali (Permaisuri Perak ke 34).
Raja Nazira Safya
Raja Nazira Safya berpakaian tadika baginda
Baginda Raja Nazira Safya menerima pendidikan awal di Kuala Lumpur International School (Alice Smith School) sejak pada tahun 2014 lagi sehingga ke hari ini.

Untuk makluman anda , Alice Smith School ditubuhkan sejak tahun 1946 di Malaysia dan ia adalah antara salah satu sekolah antarabangsa yang paling tua di Asia.
Raja Nazira Safya
Keluarga Sultan Perak ke 35
Berikut adalah nama penuh Raja Nazira Safya serta gelaran rasmi yang dikurniakan pada baginda:
  • 2 Ogos 2011 hingga 23 Mei 2012 : Yang Mulia Raja Nazira Safya Binti Raja Dr. Nazrin Shah
  • 23 Mei 2012 hingga 20 Jun 2014 : Yang Amat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
  • 20 Jun 2014 hingga sekarang : Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Raja Nazira Safya
Raja Nazira Safya, Sultan Nazrin Shah, Raja Azlan Muzzaffar Shah
Sesungguhnya dan tidak dapat dinafikan lagi, kelahiran dan kehadiran Raja Nazira Safya dalam keluarga diraja Sultan Perak bukan sahaja menceriakan suasana keluarga dan kerabat diraja sahaja, malah rakyat jelata negeri Perak juga turut terasa akan kehadiran baginda Raja Nazira Safya yang bukan sahaja menceriakan suasana di negeri Perak, bahkan di seluruh negeri dalam Malaysia.
sumber:orangperak
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: