Thursday, 6 July 2017

Belum Sempat Bulan Madu Pernikahan Remaja Dengan Nenek Rupanya Tidak Sah

loading...
Belum Sempat Bulan Madu Pernikahan Remaja Dengan Nenek Rupanya Tidak Sah
Surat wali berwakil

Belum sampai sebulan mahligai bahagia dibina oleh Riyadi Husni dengan isterinya Rohaya Kiagus Jakpar , kini pihak berkuasa Indonesia mengumumkan bahawa pernikahan mereka tidak sah.

Ia dibatalkan kerana tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa agama tempatan.Menurut Ketua Jabatan Agama Wilayah Sumatera Selatan, Alfajri Jabidi, pihaknya telah menegur pegawai agama tempatan kerana membiarkan pernikahan itu berlangsung.

Katanya,”Saya tegur pegawai di sana, termasuk ketua urusan agama. Siasatan perlu dibuat seperti syariatnya bagaimana, keabsahannya bagaimana.”“Semuanya harus diselidik untuk memastikan ia mematuhi peraturan sama ada dari pandangan agama atau undang-undang negara,” tambahnya lagi.

Pada 4 Julai lalu, pernikahan pasangan ini menjadi viral di media kerana perbezaan umur mereka yang sangat jauh. Riyadi Husni hanya berusia 16 tahun, sedangkan Rohaya Kiagus sudah menjangkau 71 tahun.

Perkara ini juga turut mendapat perhatian Menteri Sosial Indonesia, Khofilah Indar Parawansa.

Menurutnya kementerian sudah menjalankan siasatan dan mendapati pernikahan itu tidak sah.

Menurutnya lagi mengikut undang-undang Indonesia, seseorang lelaki hanya boleh berkahwin pada usia sekurang-kurangnya 19 tahun, manakala wanita pula 16 tahun.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: