Wednesday, 12 July 2017

Bekas Suami Bengang.....Blogger minta maaf, padam artikel Rita

loading...
Bekas Suami Bengang.....Blogger minta maaf, padam artikel Rita



SELEPAS didesak pelakon Rita Rudaini, portal hiburan yang menyiarkan berita kononnya bekas suami pertama Rita, Akbar Sahari sudah rujuk kembali dengan pelakon itu tampil dengan permohonan maaf secara terbuka, hari ini.

Portal berkenaan memuat naik kenyataan meminta maaf kepada Rita dan keluarganya beberapa jam selepas Rita mendesak mereka membuat permohonan maaf hari ini.

€œKami dengan rendah diri memohon maaf kepada Rita Rudaini dan keluarga atas berita berkenaan yang kami dapati keterlaluan sehingga mengancam peribadi Rita sekeluarga,€ katanya.

Menurut portal terbabit, mereka memperoleh berita berkenaan daripada carian €˜googe’ dan blog berkaitan.

€œKesilapan kami adalah terus menyebarkannya tanpa usul periksa mengenai kesahihannya. Artikel itu juga sudah dipadam,”€ katanya.

Penulisan yang terlalu halus terlepas dan menjadi viral di laman media fanpage dari blogger Pisang Cheese , terbaru pelakon Rita menyatakan rasa marah terhadap blogger berkenaan mengenai update dari blog pisang cheese .
Kami dari blogger Pisang Cheese merendah diri memohon maaf kepada Rita Rudaini dan sekeluarga atas berita berkenaan yang kami dapati keterlaluan sehingga mengancam peribadi Rita sekeluarga .
Untuk pengetahuan Rita , berita yang kami perolehi adalah dari carian google dan blog-blog yang berkait juga . Jadi kesilapan kami adalah terus menyebarkan tanpa membuat usul periksa kesahihan berita berkenaan . 
Artikel tersebut telah kami padam samada di page-page yang telah kami postkan mahupun blog pisangcheese .
Sekali lagi pihak kami memohon maaf atas penulisan yang menyinggung dan mengganggu emosi pihak Rita Rudaini sekeluarga .
Ikhlas , 
Pisang Cheese Writer

Akbar Sahari Bengang Dikaitkan Semula Dengan Rita Rudaini


APA pula kes ni? Bekas suami perkahwinan pertama Rita Rudaini iaitu Akbar Sahari dikatakan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan aktres itu.

Akbar yang juga pengulas sukan Astro Arena bagaimanapun berkata, artikel di sebuah blog hiburan pada Ahad lalu itu berunsur fitnah sehingga boleh menjejaskan reputasinya.

"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah blog hiburan yang 
menggambarkan seolah-olah saya dan bekas isteri saya sudah berbaik dan kembali menjalinkan hubungan mesra.

"Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun tajuk artikel yang dimuat naik itu jelas mengelirukan dan berunsur fitnah," ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.

Akbar menjelaskan mengenai artikel kononnya dia menjalinkan hubungan mesra dengan pelakon Rita Rudaini seperti disiarkan di sebuah blog beserta foto-foto peribadi termasuk ahli keluarganya tanpa kebenaran.

Akhbar mendirikan rumah tangga dengan Noorsuzilawati Mohd Noor pada 14 Mei 2005 dan dikurniakan tiga cahaya mata.


Akbar bersama isteri dan tiga cahaya matanya.

Dia turut menyifatkan laporan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
Akbar berkata, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada Isnin.
"Perkara ini telah menjejaskan maruah dan reputasi saya di mata masyarakat. Ia turut memberi kesan yang mendalam terhadap saya dan keluarga.

"Saya memohon agar artikel berkenaan ditarik balik dalam tempoh 48 jam serta pihak berkenaan membuat permohonan maaf bagi menggelakkan kekeliruan masyarakat," ujarnya.


Akbar minta blog hiburan padam artikel yang menimbulkan fitnah.

Dalam perkembangan berkaitan Rita Rudaini turut memberi amaran kepada penulis blog berkenaan agar menarik semula penyebaran berita fitnah itu dalam masa 24 jam.

Rita juga menuntut pihak berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan saman dilakukan.

"Saya bagi masa dalam 24 jam. Kalau tak mohon maaf secara terbuka kepada saya dan family,  saya akan saman. Bukan susah nak cari siapa di sebalik blog ini. Saya tak suka cakap banyak dan tak suka maki hamun orang tapi saya seorang wanita yang berani," katanya.

Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan Akbar pada 1999 dan mengambil keputusan berpisah pada 2001.

Rita kemudian berkahwin dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 dan berpisah pada 2013.

Untuk perkahwinan kedua itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: