Sunday, 2 July 2017

Allahuakhbar!! Dia Beranak Tepi Jalan

loading...
Allahuakhbar!! Dia Beranak Tepi Jalan

SEORANG wanita dikenali sebagai Sukiati, 43, terpaksa bersalin di tepi jalan dekat Tol Cikopo-Palimanan (Cipali) KM 82, di Purwakarta, arah Jakarta, hari ini.
Menurut laporan Tribun-Medan.com, ketika kejadian kira-kira 10.40 pagi itu, wanita berkenaan menaiki bas dari kampungnya di Rembang, Jawa Tengah, menuju Jakarta.
Menurut anggota polis, Arman Sahti, bas Kiara Mas dinaiki wanita itu berhenti dekat plaza tol dan seorang wanita turun, terbaring di pinggir jalan dalam cuaca panas.
Tiada saudara-mara wanita itu dalam bas berkenaan menyebabkan Arman kemudian meminta bantuan penumpang wanita untuk membantu Sukiati melahirkan anaknya.
“Ketika itu, kepala bayi sudah keluar dan penumpang wanita membantu proses kelahiran sehingga selesai.
“Sukiati dan bayi perempuannya kemudian di bawa dengan kereta polis ke hospital Siloam, Purwakarta, untuk rawatan lanjut," katanya.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: