Saturday, 1 July 2017

" Akit....akut...."Kisah Si Kecil OKU Diperkosa Lelaki Beruban Putih Berjanggut Sejemput

loading...
" Akit....akut...."Kisah Si Kecil OKU Diperkosa Lelaki Beruban Putih Berjanggut Sejemput

BILA PAGAR MAKAN PADI....

Di mana nilai peri kemanusiaan .... bila anak sekecil dia yg jika sekali imbas dipandang pun...kita tahu, dia anak istimewa. 

Jelas terlukis di wajah kekurangan dia namun tergamaknya hati seorang bernama lelaki , menodai dia yg baru berusia 9 thn !

Dia menghadapi masalah pertuturan. Setiap soalan yg diaju harus diulang beberapa kali utk memastikan dia faham. Dan jawapannya hanya sepatah demi sepatah saja...

Lebih sedih... kedua emak ayahnya juga ada masalah. Emaknya juga pemegang kad OKU manakala ayah seorang yg sgt lurus bendul. 

Namun keduanya mampu meneruskan alam rumah tangga, membesarkan 3 anak biarpun dlm keadaan serba kekurangan.

Tragedi hitam itu ternyata tidak pernah padam dr ingatannya. Mengisahkan kembali....Dari celahan daun kelapa yg membentengi tempat mandi di tepi rumahnya ..dia nampak wajah lelaki itu sdg mengintai.

Selesai mandi....dia cepat-cepat naik ke atas rumah papan yg usang itu. Adik-adik sdg bergelimpangan tidur walau matahari telah meninggi.

Emak dan ayah yg cuma bekerja kampung itu pula...dr awal pagi telah keluar dgn motosikal kapcai ke pekan hari utk berniaga ulam-ulaman.

Setelah mengenakan baju ...dia melangkah turun ke bawah. Niatnya hendak bermain di bawah rumah. Namun tiba -tiba dia dihampiri lelaki itu.

Lelaki yg sudah beruban putih dgn janggut sejemput itu ...merentap kasar pergelangan tangannya dan menyeret tubuh kerdil itu ke dalam belukar tidak jauh dr rumahnya.

Dia menjerit namun pipinya ditampar kuat. Mulutnya ditekup dan dia diberi amaran supaya diam....

" Akit....akut...."

Hanya dua ayat itu saja yg mampu diucapnya bila mencerikan bagaimana lelaki beruban dgn janggut sejemput itu " tidur " di atasnya. Esak tangisnnya langsung tidak diendahkan. Dia dilepaskan setelah hajat lelaki itu kesampaian.

Dia tidak bercerita kepada sesiapa ttg kejadian itu. Sehinggalah satu hari...dia terlihat gambar iklan pasangan sdg tidur di dalam surat khabar yg dibaca guru pendidikan khasnya.
Dia memberitahu gurunya ..dia telah pun melalui pengalaman itu. Terkejut dgn pengakuan itu...ibu bapa dan ibu saudaranya dipanggil.

Dia dibawa menjalani pemeriksaan di hospital. Doktor telah mengesahkan ...ada kesan dia telah dirogol. Beberapa saksi yg juga org kg itu telah ditahan utk soal siasat.

Namun kesemuanya dibebaskan kerana dia tidak menamakan mereka sbg tertuduh. Sebaliknya....menyebut nama "Pak Man " yg dipercayai kenalan ayahnya yg telah pun pulang ke negara jiran. 

Selepas tragedi itu....mereka berpindah dr situ. Memulakan kehidupan baru di tempat lain. Namun...mampukah ianya memadamkan kisah hitam itu dr mata hatinya...

Kajian juga telah mengesahkan .... kebanyakan kes rogol di kalangan anak atau golongan OKU ini dilakukan oleh individu yg mereka kenali....

Utk pengetahuan, keluarganya juga merupakan antara penerima sumbangan baju raya dan wang zakat dr tabung kebajikan kita tempohari ...

Natipah Abu
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: