Headlines
Loading...

Isnin, 17 Julai 2017

Ada Orang Mati Ke Hari Ni?

loading...
Ada Orang Mati Ke Hari Ni?

Mengibarkan bendera putih menjadi satu hebahan menandakan berlakunya kematian di kawasan Kuala Muda, Penaga ini.

    KEPALA BATAS - "La, ada kematian ka hari ini?" Ini mungkin pertanyaan yang terpacul dari mulut masyarakat di Kuala Muda, Penaga tatkala menyaksikan bendera putih dinaikkan di taman perumahan atau kampung yang mereka diami.

    Bagi masyarakat Kuala Muda, sekiranya bendera putih dikibarkan, ia satu makluman kepada mereka bahawa ada berlaku kematian dan pada masa sama ada jenazah yang akan dikebumikan.

    Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Hidayah, Abdullah Yaacob berkata, idea untuk mengibarkan bendera putih di taman dan kampung bagi kariah Masjid Hidayah ini timbul apabila maklumat mengenai kematian tidak sampai ke pengetahuan penduduk secara meluas.

    “Dalu pengumuman mengenai berlakunya kematian disebarkan melalui pemberitahuan selepas solat serta bacaan Yasin.

    “Namun informasi seperti ini agak terbatas, yang datang ke masjid mungkin akan terima makluman ini, namun bagi mereka yang tidak ke masjid, mereka tak tahu, jadi bila tak tahu, ada kata-kata yang menggambarkan seolah-olah pihak masjid tidak maklumkan, jadi timbul salah faham di situ,” katanya.


    Susun atur kubur yang dibarisi dengan kemas, dan indah antara suasana di Tanah Perkuburan Islam, Kuala Muda Penaga.


    Menurutnya, pihak kariah kemudiannya mengadakan perbincangan mengenai langkah yang dapat diambil bagi menangani perkara ini.

    “Kami mengambil kata sepakat untuk meletakkan tiang bendera di setiap taman dan kampung di sini, dan tiang bendera juga diletakkan di hadapan masjid.

    “Jadi bila depa nampak bendera putih dikibarkan tahulah mereka bahawa ada kematian yang berlaku, tentang siapa yang meninggal itu, boleh lihat pada papan kenyataan yang diletakkan di masjid,” katanya.

    Tinjauan Sinar Harian ke kawasan tiang bendera diletakkan mendapati tiang ini berada di lokasi yang amat mudah bagi penduduk untuk melihatnya.
    loading...
    kongsikan artikel ini

    0 comments: