Header AD

WANITA PARANORMAL DAKWA BOLEH BANGKITKAN JULIA PEREZ (JUPE) DARI KUBUR

loading...
loading...
WANITA PARANORMAL DAKWA BOLEH BANGKITKAN JULIA PEREZ (JUPE) DARI KUBUR


                          
Belum habis isu mengenai kematian Julia Perez (Jupe), sekali lagi dunia dikejutkan dengan kenyataan seorang wanita daripada Indonesia yang menyatakan artis berkenaan belum meninggal dunia.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Ulfa mengaku dirinya sebagai seorang paranormal yang sering ke alam ghaib.

Menurut Ulfa lagi, saat berada di tanah perkuburan Jupe, dirinya tidak merasa aura kematian di sana. Apa yang mengejutkan lagi adalah kenyataannya yang memberitahu bahawa dirinya tidak bertemu dengan arwah Jupe ketika berada di alam kubur.

Ulfa memberitahu bahawa dirinya menjumpai arwah pelakon Olga Syahputra, tetapi dirinya tidak menjumpai arwah Jupe.
Saya ke alam arwah pun tidak bertemu dengan Jupe, saya ketemu sama Olga, makanya saya bilang sama Olga, Jupe mana Ga? Olga bilang belum sampai, dan memang tidak ada, sampai detik ini Jupe tidak ada di alam arwah. -Ulfa
Ketika di alam berkenaan, Ulfa menanyakan ‘mereka’ yang berada di alam kubur di mana arwah Jupe, ‘mereka’ menjawab arwah Jupe belum sampai. Tambah Ulfa lagi, kematian Jupe sebenarnya dibuat-buat oleh pihak yang lain kerana tidak mahu artis berkenaan berlakon di dalam mana-mana filem dan drama lagi.
Ulfa juga memberitahu bahawa ketika jenazah Jupe dimasukkan ke dalam keranda, arwah sebenarnya masih hidup.
Ulfa kemudiannya meminta doa supaya arwah Jupe boleh kembali kepada rakan dan keluarganya dan membuktikan bahawa Jupe sebenarnya belum meninggal lagi.
Saya berusaha untuk membangunkan Jupe, saya suruh Jupe untuk masuk ke keluarganya, ke teman-temannya, tunjukan bahwa kamu tidak mati. -Ulfa
Wanita yang memakai tudung itu kemudiannya memberitahu bahawa dirinya sudah mengenal alam ghaib sejak umur 9 tahun lagi. Jadi segala percakapannya adalah benar dan menyuruh orang ramai untuk mempercayainya.
Seperti yang sedia maklum, arwah Jupe sudah meninggal dunia pada hari Sabtu, 10 Jun 2017 akibat kanser serviks yang ditanggungnya bertahun-tahun. Arwah meninggal dunia pada jam 11.12 pagi dan dikuburkan di TPU Pondok Rangon, Jakarta Timur, Indonesia.
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah Al-Munafiqun, Ayat 1)

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
WANITA PARANORMAL DAKWA BOLEH BANGKITKAN JULIA PEREZ (JUPE) DARI KUBUR WANITA PARANORMAL DAKWA BOLEH BANGKITKAN JULIA PEREZ (JUPE) DARI KUBUR Reviewed by kak tie on 10:02:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan