Header AD

Video: Tersilap Masuk Tempat Beribadat, Dua Wanita Bukan Muslim 'Sembahyang' Dalam Masjid.

loading...
loading...
Video: Tersilap Masuk Tempat Beribadat, Dua Wanita Bukan Muslim 'Sembahyang' Dalam Masjid.
LIMBANG — 

Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku dan tidak pernah lagi ada agama lain yang pernah tersalah masuk tempat ibadah walaupun kedudukan masjid tersebut dengan Tokong mereka tidak berjauhan.

Dua wanita bukan Islam dari luar negara itu dikatakan telah tersilap rumah ibadat apabila “menyembah” kepercayaan mereka di sebuah masjid di sini.

Mengikut laporan Harian Metro, kedua-duanya “sembahyang” mengikut anutan mereka di ruang solat Masjid Baitul Iman pada Ahad sebelum menyedari kesilapan mereka.

Imam masjid tertua di sini Muhammad Ismail Rambli berkata mereka baru tiba di Sarawak dan tidak mengetahui masjid hanya untuk orang Islam beribadat.

“Jemaah lain dan pengurusan masjid memahami situasi mereka.

 Kedua-dua wanita terbabit kemudian beredar tanpa berlaku insiden tidak diingini,” katanya.

Maklumat di Facebook menyebut dua penganut Buddha itu, berasal dari Vietnam, asalnya mahu ke tokong tidak jauh dari masjid tersebut tetapi tersilap masuk masjid dengan menyangkakan tokong.

Gembira dengan budi pekerti jemaah terhadap mereka, Muhamad berkata kejadian berkenaan pertama kali berlaku di masjid itu.

Rata-rata netizen mengucapkan syabas kepada jemaah dan jawatankuasa masjid kerana tidak melulu dalam kejadian Ahad lalu.

“Itulah contoh umat Islam kepada orang yang bukan seagama dengan kita.

 Tambahan pula ketika ini kita sedang meraikan Ramadan,” kata Muhamad.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Video: Tersilap Masuk Tempat Beribadat, Dua Wanita Bukan Muslim 'Sembahyang' Dalam Masjid. Video: Tersilap Masuk Tempat Beribadat, Dua Wanita Bukan Muslim 'Sembahyang' Dalam Masjid. Reviewed by kak tie on 3:41:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan