Header AD

“Tuan, mana mayat bayinya?”

loading...
loading...
“Tuan, mana mayat bayinya?”

PIL ENAM SEGI
Baru-baru ini aku terlibat untuk mengendalikan satu kes yang agak aneh. Berikut adalah petikan perbualan Whatsapp mangsa dengan seorang wanita.
[Rafidah]
Sis, baby dah keluar!
[Pn. Ayu]
Alhamdulillah. Baru keluar ke?
[Rafidah]
Baru je. Pukul 11 malam. Penat sangat.
[Pn. Ayu]
Masukkan ubat putih segi enam tu, berapa biji?
[Rafidah]
2 biji.
Lepas sejam saya masukkan yang pertama, masih tak jadi ada apa-apa.
Jadi, saya masukkan lagi satu. Baru keluar.
[Pn. Ayu]
OK. Minum sesudu madu. InshaAllah nanti ada tenaga.
[Rafidah]
Sekarang apa saya perlu buat?
[Pn. Ayu]
Tunggu uri keluar.
[Rafidah]
OK.
…15 minit berlalu...
[Pn. Ayu]
Awak OK tak?
[Rafidah]
Sis, saya takut. Ada baysk darah.
*banyak
[Pn. Ayu]
Jangan takut. Makan ubat yang warna kecil warna hitam tu. Nanti darah tu berhenti.
Uri dah keluar belum?
[Rafidah]
Belum. Macam mana nak kelarkn?
*keluarkan
Maaf. Tangan saya penuh darah. Susah nak taip..
[Pn. Ayu]
Uri akan keluar sendiri. Jangan tarik keluar.
[Rafidah]
OK, sis. Saya tak tarik.
…10 minit berlalu...
[Pn. Ayu]
Dah keluar belum?
[Rafidah]
Belum.
Sis! Baby ni saya nak buat macam mana?
[Pn. Ayu]
Masukkan dalam kotak yang sis beri tu.
Jangan lupa bubuh beg ais dalam tu sekali.
[Rafidah]
Lepas tu?
[Pn. Ayu]
Lepas tu tinggalkan kotak tu di pintu belakang rumah.
Nanti sis datang ambil.
[Rafidah]
Sis buat apa dengan baby tu nanti?
Sis akan kebumikan, ek?
[Pn. Ayu]
Jangan risau. Seperti dalam perjanjian kita, sis akan uruskan semua.
Dah letak nanti, beritahu saya.
Pastikan tak ada orang nampak awak letak.
[Rafidah]
OK.
Sis! Baby tu gerak-gerak.
Saya takutlah, sis.
[Pn. Ayu]
Kandungan 20 minggu memang dah bergerak.
Awak masukkan je terus dalam kotak tu.
Bubuh ais.
[Rafidah]
Yeke?
Kasihan pula saya tengok.
[Pn. Ayu]
Jangan fikir sangat. Kalau nak perkara ini selesai cepat, ikut sahaja arahan sis.
[Rafidah]
OK.
Eh, Sis dah sampai ke?
Saya dengar ada orang ketuk pintu rumah saya.
Sis!
…5 minit berlalu...
[Rafidah]
Sis ke yang jenguk dekat tingkap tu?
Jawablah, sis!
[Pn. Ayu]
Saya masih di rumah.
Awak belum beritahu saya dah selesai ke belum, jadi saya belum bertolaklah.
[Rafidah]
Sis jangan takutkan saya.
Yang pakai niqab hitam di luar tingkap tu bukan sis ke?
Sis! Saya takut.
Orang tu bisik nama saya melalui tingkap!
Kalau bukan sis, itu siapa?
Mana dia tahu nama saya?
Sis!
[Pn. Ayu]
Itu bukan saya!
Baik, awak baca ayat Qursi!
[Rafidah]
Janganlah main-main!
Sis! Tolong saya!
Benda tu dah dalam rumah saya!
Mata dia namsjdfdjold ds
———————————————————————
Perbualan Whatsapp dalam telefon yang dijumpai pada gadis yang meninggal akibat keguguran itu berakhir di situ.

Setelah menerima laporan daripada jiran gadis berkenaan yang mengatakan mereka terhidu bau yang tidak menyenangkan berhampiran rumah gadis itu, pihak polis telah mengadakan penyiasatan.

Mayat gadis itu ditemukan di dalam biliknya dalam keadaan berlumuran darah.

Semasa pasukan forensik melawat tempat kejadian, didapati darah berada di mana-mana. Di tilam, di bantal, di lantai, malah di dinding juga. Darah itu sudah mengering, maka segenap bilik itu diwarnai hitam, bukannya merah. Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat.

“Tuan, mana mayat bayinya?” soalku curiga.

Melalui bedah siasat, punca kematian dikenal pasti sebagai hemorrhagic shock secondary to postpartum hemorrhage. Dalam bahasa mudahnya— tumpah darah yang banyak selepas keguguran. Ini sesuatu perkara yang agak jarang berlaku.

Lebih aneh daripada lagi, ada beberapa kecederaan di tubuh mangsa yang biasanya dikaitkan dengan kesan pergelutan.

“Itu kami sedang siasat, doktor. Kami hanya jumpa mayat mangsa dan uri. Tiada bayi. Kami juga ada jumpa kit yang berisi beberapa biji ubat, klip tali pusat, dan air selusuh. Sampel ubat telah kami hantar ke makmal kimia.” jawab ASP Anwar kemudian mencebikkan bibirnya dan mengangkat bahu.

Aku mengerutkan dahi.

“Pelik kan? Doktor jangan pula beritahu orang lain. Sepatutnya, doktor pun saya tak boleh beritahu.” sambung ASP Anwar.

Aku menggangguk perlahan tanda faham. Pihak forensik juga ada menghantar sampel darah ke makmal kimia untuk melihat sama ada unsur ubat yang berada dalam kit yang dijumpai itu, ada di dalam peredaran darah pesakit atau tidak. Ingin benar aku tahu, sama ada ubat berkenaan yang menyebabkan pendarahan berlebihan itu.

Berdasarkan bukti-bukti yang di dapati, pihak polis mengesyaki ia kes homisid. Fraterniti perubatan menuding jari pada sindiket penjualan ubat untuk aruh pengguguran bayi. Ubat itu kini berani dijual secara terbuka di media sosial. Malah penjual tanpa segan silu memaparkan petikan testimoni para pelanggan mereka—siap dengan gambar janin yang tewas.

Orang awam pula memilih untuk menyebarkan konklusi yang lebih sensasi. Dikatakan, gadis malang itu telah diganggu oleh pontianak ketika keguguran anak luar nikah, dan janin itu telah dibawa lari oleh makhluk terkutuk itu.

Aku pula tak tahu nak percaya teori yang mana.

Apa yang pasti, penggunaan ubat untuk mengaruh keguguran janin atau janin tanpa sebarang indikasi kesihatan, adalah satu kesalahan. Apatah lagi jika ia dilakukan menggunakan ubatan terlarang di rumah tanpa pengawasan doktor.

Namun, siapa pula gerangan perempuan berniqab itu?
***
follow Kamarul Ariffin Nor Sadan

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
“Tuan, mana mayat bayinya?” “Tuan, mana mayat bayinya?” Reviewed by kak tie on 10:18:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan