Khamis, 29 Jun 2017

Tragedi Di Hari Raya Doktor Kerja 4 Hari Tanpa Henti Meninggal Dunia

loading...
Tragedi Di Hari Raya Doktor Kerja 4 Hari Tanpa Henti Meninggal Dunia

Jakarta: Seorang pakar bius di sebuah hospital di sini meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari tanpa henti kerana menggantikan rakannya yang bercuti menyambut Aidilfitri.
Dr Stefanus Taofik dilaporkan meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di hospital Bintaro Jaya pada malam semalam.
Media Indonesia melaporkan, Stefanus yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun meninggal dunia selepas bertugas selama empat hari tanpa henti.
Stefanus turut terpaksa bertugas di dua lagi hospital berhampiran kerana semua pakar bius di hospital berkenaan bercuti.
Kematian Stefanus diumumkan dalam akaun Twitter perubatan Indonesia, @blogdokter yang turut memuat naik gambar doktor muda berkenaan.
“Seorang lagi doktor meninggal dunia saat menjalankan tugas, Dr Stefanus Taofik.
“Seorang pakar bius harus berada di setiap pembedahan di dewan bedah dan kadangkala bertugas sampai pagi,” katanya.
Kematian Stefanus itu turut diratapi dunia perubatan Indonesia serta pengguna media sosial di negara berkenaan.
Stefanus dipercayai mengalami serangan jantung kerana terlalu penat bekerja dan terpaksa bertugas di tiga buah hospital pada masa yang sama.
“Kekurangan rehat dan makan serta minum yang tidak teratur kerana berjuang menyelamatkan nyawa pesakit akhirnya menyebabkan jantungnya sendiri terhenti,” kata seorang pengguna media sosial.
Ramai pengguna media sosial turut mendesak supaya kerajaan menetapkan peraturan jam bekerja untuk doktor bagi mengelak kejadian serupa berulang.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: