Header AD

Terkini..Shukri Yahaya Bengang,"Apa Lagi Dia Nak?"

loading...
loading...
Terkini..Shukri Yahaya Bengang,"Apa Lagi Dia Nak?"



TERKINI, wanita yang mencetuskan kontroversi kononnya digoda pelakon Shukri Yahaya menegaskan cetakan skirn mesej perbualannya dengan aktor itu adalah benar dan dia sesekali tidak menyunting gambar dengan tujuan tertentu.
Wanita berkenaan, Sarah Danielle berkata, dia mengenali Shukri ketika pelakon itu menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak beberapa bulan lalu.
"Saya tiada apa-apa niat buruk selain mahu menghentikan gangguan dia. Sejak cerita ini heboh dia padam akaun Wechat peribadinya dan profile Instagram pun dia tukar.
"Kenapa dia nak takut kalau tidak bersalah, malah Instagram saya juga disekat dari akaunnya," ujar Sarah dalam satu mesej kepada mStar Online.
Wanita Dedah Mesej Digoda, Shukri Yahaya Jawab!

                 
Wanita bernama Sarah Danielle ini menafikan dirinya sengaja mencetuskan kontroversi. 
Manakala Shukri ketika dihubungi mStar Online pula mempersoalkan apa yang sebenarnya dimahukan wanita itu. 
Bagi Shukri, 29, jika dia terus melatah dengan situasi ini, ia akan membuatkan dirinya juga dilihat seperti wanita tersebut yang hanya inginkan publisiti murahan.
"Apa lagi yang dia nak? Tidak takutkah dia kalau saya ambil tindakan? Saya diam sebab malas nak panjang cerita kerana perlu menjaga reputasi diri dan maruah keluarga.
"Orang yang mengenali saya, tahu siapa saya. Jadi, kalau saya terus melayan, apa bezanya saya dengan dia?" soalnya sambil menyifatkan apa yang dilakukan wanita tersebut seperti ingin membodohkan diri sendiri.


Shukri tidak mahu memanjangkan lagi kontroversi ini untuk menjaga reputasi dan maruah keluarga. 
Sementara itu, pelakon 7 Hari Mencintaku ini menggangap kontroversi yang tersebar sejak pagi Jumaat itu bukan satu masalah besar baginya. 
Shukri berharap agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi bagi menghormati bulan Ramadan.
Malah isterinya Tya Adnan hanya ketawa melihat situasi itu selain menyifatkan ia satu perkara yang agak kelakar.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Terkini..Shukri Yahaya Bengang,"Apa Lagi Dia Nak?" Terkini..Shukri Yahaya Bengang,"Apa Lagi Dia Nak?" Reviewed by kak tie on 8:49:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan