Header AD

Tak Sangka Bertemu Malam Al-Qadar Bersama Arwah Ibu

loading...
loading...
Tak Sangka Bertemu Malam Al-Qadar Bersama Arwah Ibu

Malam itu adalah malam yang amat selesa aku tidur. Balik daripada terawih aku terus masuk bilik dan tidur. 

Kebetulan malam itu malam yang tidak sejuk tidak panas dan amat selesa untuk tidur. Aku tidur dengan lena sehinggalah ditengah malam arwah ibu mengejutku. Aku sangkakan ibu meminta untuk menemankannya untuk menyiapkan hidangan untuk bersahur. 

Tetapi jam ketika itu baru 2 pagi. Rupa-rupanya ibu mengajakku untuk sembahyang tahjud katanya malam itu adalah malam yang ganjil dan malam yang indah. Katanya langit diluar gelap tetapi penuh dengan cahaya bintang. 

Malam itu juga sunyi sehingga terdengar suara orang mengaji di masjid yang jaraknya 500 meter daripada rumah aku. Aku amanati dan memang malam itu malam yang sungguh indah. Mungkin benar malam itu merupakan malam al qadar. 

Ibu terus mengambil wuduk dan bertahjud. Selepas bertahjud arwah ibu mengaji dan berzikir. Aku masih dengan berfikir. Entah kenapalah malam itu tidak terlintas untuk berzikir sambil menikmati malam yang indah itu. 

Hanya di dalam hati memuji-muji ciptaanNYA tanpa dilafaz dengan lidah. Aku mengejut adik aku yang sememangnya sebelum ini dibulan ramadhan amat rajin mengaji. Adik aku kata mengantuk dan kembali tidur. 

Aku masih berteka-teki adakah malam itu malam lailatul qadar. Aku keluar daripada rumah untuk terus menikmati malam yang indah. Malam itu malam yang hitam pekat dan sunyi. Tiada bunyi-bunyian kecuali terdengar sayup-sayup suara aluan al-quran daripada masjid dan cuacanya lembut tidak panas dan tidak sejuk . 

Keadaan yang memang mengulik untuk tidur dengan lena. Di langit pula, berjuta bintang yang sebelum ini tidak pernahku lihat. Angin meniup dengan penuh sopan dan manja. Bintang-bintang di langit bercahaya bagaikan permata. 

Aku berjalan disekitar rumah. Malam itu mamang malam yang indah. Ibu di dalam rumah masih lagi asyik mengalunkan al quran. Ibu suruh aku mengambil wuduk dan membaca al quran. Aku masuk bilik dan masih terpesona dengan malam yang indah itu. Aku mengintai langit yang indah itu dari tingkap bilik tidurku. 

Aku sungguh terpesona dengan malam itu. Akhirnya aku tertidur dek tergoda dengan keadaan yang sememangnya mengulik untuk tidur dengan lena. Lepas bersahur dan sembahyang subuh aku berniat untuk membaca al-quran. Namun sekali lagi aku tergoda dengan keindahan alam. Aku terlihat dibalik tingkap bilikku dengan anak cahaya merah matahari merah yang sungguh indah dan tidak pernah kutemu sebelum ini. 

Anak cahaya matahari yang lembut dan cuacanya menyenangkan tubuhku akhirnya menyebab aku tertidur. Apabila aku tersedar jam sudah pun 9 pagi. Namun sang cahaya matahati masih lembut memancar sinarannya. 

Malam itu di masjid ramai yang membuat andaian bahawa malam tadi adalah malam lailatul qadar. Ada yang kata terlihat pokok sujud, ada yang kata terlihat kucing sujud dan pelbagai lagi peristiwa pelik. Benar atau tidak itu aku tidak pasti. Namun yang aku pasti, jika benarlah malam itu adalah malam 1000 malam, maka aku telah pun terlepas. 
Gambar harijadi aku yang terakhir bersama arwah ibu. Al fatihah buat ibuku yang sangat disayangi yang memberi kasih sayangnya yang tiada taranya. Al fatihah



Dan aku juga tak pasti adakah malam yang indah aku bersama arwah itu malam al qadar atau tidak. Pun begitu, malam itu memang suatu malam yang sungguh indah kerana malam itu aku berkesempatan bersama arwah ibu dan melihat bagaimana arwah ibu menghargai masanya. 

Dan aku tahu, ALLAH swt sengaja sembunyikan bila waktu tibanya malam al-qadar . Maka kita akan lebih mencari waktu sebenar sedangkan setiap waktu adalah bernilai. 

Namun hanya kerana ketidakiklasan maka kita lebih memenuhi untuk menjawab teka-teki bilakah malam 1000 malam daripada membuat ibadah dengan penuh keiklasan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bukannya sambil lewa. 

Semoga kita semua sempat bertemu malam al qadar dan dipenuhi dengan pelbagai ibadah yang iklas moga-moga segala dosa-dosa diampun dan segala doa-doa kita diterima ALLAH swt. al fatihah buat arwah ibu yang dirindui.

-Jeming Hassan
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Tak Sangka Bertemu Malam Al-Qadar Bersama Arwah Ibu Tak Sangka Bertemu Malam Al-Qadar Bersama Arwah Ibu  Reviewed by kak tie on 11:16:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan