Header AD

Siapa Jupe? 8 Fakta tentang Julia Perez

loading...
loading...
Siapa Jupe? 8 Fakta tentang Julia Perez

PELAKON dan penyanyi dangdut Julia Perez, atau lebih dikenali sebagai Jupe, meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta, Indonesia pada Sabtu.

Sebagaimana popularnya Jupe di Indonesia, begitu jugalah di Malaysia.

Ini sebahagian fakta yang mungkin tidak ramai tahu tentang siapa sebenarnya Julia Perez.

1. Jupe dilahirkan pada 15 Julai 1980 di Jakarta.

2. Merupakan anak kepada pasangan pemain bola sepak, Angkasa Jaya dan pemain bola tampar,  Sri Wulansih.

3. Graduan undang-undang dari Universiti Bung Karno, Jakarta.

4. Antara kerjaya Jupe sebelum bergelar artis ialah setiausaha di sebuah syarikat swasta di Jakarta.

5. Nama Jupe mulai dikenali masyarakat Indonesia sejak membintangi beberapa film bergenre seram, antaranya "Beranak dalam Kubur" (2007) dan "The Shaman" (2008).

6. Memiliki rangkaian restoran makanan segera, Jupe Fried Chicken (JFC).

7. Filem Gending Sriwijaya membawa Jupe memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Royal Bali dan Festival Filem Bandung.

8. Julia disahkan menghidap kanser serviks pada 2014.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Siapa Jupe? 8 Fakta tentang Julia Perez Siapa Jupe? 8 Fakta tentang Julia Perez Reviewed by kak tie on 3:57:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan