Header AD

Sesiapa yang sanggup jadi orang gaji di rumah ini bakal dibayar RM360,000! Nak tahu kenapa?

loading...
loading...
Sesiapa yang sanggup jadi orang gaji di rumah ini bakal dibayar RM360,000! Nak tahu kenapa?
Sesiapa yang sanggup jadi orang gaji di rumah ini bakal dibayar RM360,000! Nak tahu kenapa?

                   
Satu pasangan dari Scotland sanggup menawarkan gaji semahal itu kepada sesiapa sahaja yang sanggup bekerja sebagai pembantu rumah mereka asalkan tidak melarikan diri sebagaimana pembantu-pembantu rumah sebelum ini.

Menurut satu iklan yang diletakkan di Childcare.co.uk, pasangan itu berkata mereka sedang mencari pembantu rumah yang boleh bekerja dan tinggal di rumah mereka di Scottish Borders. 

Iklan itu menyebut, selain gaji yang mahal, pembantu rumah itu juga akan mendapat bilik dengan dapur peribadi dan cuti 28 hari setahun.

Kami telah tinggal di rumah ini selama 10 tahun. Ketika membeli, kami diberitahu ianya berhantu tapi kami tidak mengedahkan amaran tersebut. 

“Lima orang pembantu telah lari dari jawatan itu pada tahun lepas, yang mana setiap satunya memberi alasan mereka diganggu dengan insiden ghaib, termasuk bunyi-bunyi pelik, kaca pecah dan perabut bergerak-gerak.

“Ini jelas satu tempoh yang mencabar buat anak-anak kami. Secara peribadinya, kami langsung tidak mengalami sebarang kejadian ghaib, memandangkan kejadian itu dilaporkan berlaku hanya bila kami tiada di rumah. 

“Kami juga sanggup membayar harga yang lebih tinggi dan kini mencari orang yang sesuai dalam kadar yang segera.” tulis iklan terbabit.

Jika anda tidak kisah berpindah ke Scotland dan tidak takut berhadapan dalam situasi-situasi seram seperti dalam cerita ‘The Conjuring’, dipersilakan untuk melihat iklan itu di sini.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Sesiapa yang sanggup jadi orang gaji di rumah ini bakal dibayar RM360,000! Nak tahu kenapa? Sesiapa yang sanggup jadi orang gaji di rumah ini bakal dibayar RM360,000! Nak tahu kenapa? Reviewed by kak tie on 5:32:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan