Header AD

Selfie Zizan Di Tanah Suci

loading...
loading...
Selfie Zizan Di Tanah Suci

Kita sedia maklum yang pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.


Menerusi kemas kini terbaru pelakon filem Polis Evo itu di laman Instagram miliknya, @zizanrazak869, Zizan memuat naik foto yang menampilkan imej terbarunya yang berkepala botak.




Peminat nyata terkejut dengan penampilan terbarunya kerana semenjak terlibat dalam industri seni bermula tahun 2007, Zizan tidak pernah tampil membotakkan kepala.


Ada peminat yang bergurau dengan Zizan dengan menyamakan penampilan terbaru Zizan dengan salah sebuah watak dalam filem Sivaji The Boss.

Botakkan Kepala Ketika Tunai Umrah, Netizen Samakan Zizan Razak Macam Sivaji The Boss

Ada juga peminat yang turut berseloroh dengan menyamakan imej Zizan persis penyanyi terkenal antarabangsa, Pitbull.


Rata-rata komen yang ditinggalkan di laman Instagram Zizan mendoakan agar jejaka itu dipermudahkan urusannya semasa mengerjakan ibadah.



Kali terakhir Zizan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah adalah pada bulan Jun tahun lalu.


Kami  mendoakan semoga Zizan mendapat Umrah yang mabrur, Insya-Allah.



Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Selfie Zizan Di Tanah Suci Selfie Zizan Di Tanah Suci Reviewed by kak tie on 9:45:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan