Header AD

Sekitar Pengebumian Jenazah kadet Zulfarhan di JB

loading...
loading...
Sekitar Pengebumian Jenazah kadet Zulfarhan di JB

Jenazah Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. -

JOHOR BAHRU: Jenazah Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia dipercayai didera selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini, jam 9.30 malam...

JOHOR BAHRU: Jenazah Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia dipercayai didera selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini, jam 9.30 malam ini.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi, Selangor sebelum disembahyangkan sekali lagi di Masjid Jamek Kampung Kurnia di sini, selepas solat Isyak.

Lebih 100 ahli keluarga dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang berasal dari Bandar Uda Utama, Skudai, di sini.

Pelajar tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu dipercayai didera rakan dengan seterika wap, selain terdapat kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Setakat ini, polis menahan 36 penuntut berusia antara 20 dan 21 tahun bagi membantu siasatan kejadian berkenaan dan kesemua mereka ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Sekitar Pengebumian Jenazah kadet Zulfarhan di JB Sekitar Pengebumian Jenazah kadet Zulfarhan  di JB Reviewed by kak tie on 10:34:00 PTG Rating: 5

1 ulasan

  1. Mencemar nama baik universiti ...
    Please la, budaya ragging dah tak relevan...
    Yg mendera, korang suka dgn apa yg korang buat?
    Dia dah pergi selamanya....

    BalasPadam