Friday, 23 June 2017

'Salahkah saya tukar agama?"

loading...
'Salahkah saya tukar agama, salahkah saya lambat kahwin?'

Penulis (kanan) ketika di lokasi sewaktu temu ramah bersama-sama Amir dan anaknya, Nurain di Selangor, baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI

KUALA LUMPUR: "Salah saya ke, saya kahwin lambat dan dapat anak pada usia 50 tahun? Sekarang anak saya dah umur enam tahun dan mak dia tinggalkan kami kerana masalah kewangan dan agama saya.

"Saya redha jika itu sudah ketentuan Allah pada saya," jelas Amir (bukan nama sebenar) kepada saya ketika ditemu bual di kaki lima sebuah masjid di Selangor, baru-baru ini.

Menurut Amir. 56 tahun, beliau telah mula menghidapi beberapa komplikasi termasuk satu jangkitan yang telah dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Di benak fikirannya terpahat kerisauan tunggal, apa bakal berlaku kepada anaknya, Nurain (bukan nama sebenar) jika beliau tiada lagi di dunia ini.

"Bukan saya tidak mahu pergi hospital atau klinik, bang. Saya risau, jika saya pergi dan kemudian ditahan di hospital Siapa yang akan jaga anak saya? Siapa tiada tempat tinggal tetap pun bang, kalau apa-apa jadi pada saya, apa akan jadi pada Nurain?," katanya kepada wartawan. 

"Dia kecil lagi bang, tidak tahu apa-apa?" sambung Amir lagi.


–– ADVERTISEMENT ––
Melihat kedaifan Amir, penulis bertanya, "kalau boleh saya tanya, apa yang berlaku sebenarnya pada perkahwinan Amir?"

Air muka Amir berubah dan ketika saya bertanyakan lagi apa kegusaran yang melanda dirinya (selain dari hidup melarat), Amir membalas.

"Bekas isteri saya muda bang, saya tidak salahkan dia. Sudah hampir dua tahun perkara itu berlaku.

"Saya redha."jelas Amir sayu.

"Dulu ramai yang cakap saya akan bahagia kerana beristerikan wanita muda dan saya pula berkemampuan."sambungnya

"Tapi semua itu hanya sekejap bang.

"Saya tidak tahu di mana silap saya hingga saya terduduk begini.

"Saya yakin ini bukan hukum dunia kerana agama baru saya. (Penulis mendapat tahu Amir secara sukarela meninggalkan agama Buddha untuk kembali ke agama fitrah.)

"Saya juga yakin dia tidak sampai hati meninggalkan saya dan anak yang masih sangat-sangat memerlukan kasih sayang.

Tambah Amir, dia hanya mendoakan agar bekas isterinya itu bahagia bersama pasangan pilihannya.

"Tidak mungkin untuk saya kembali kepada dia, bang. Saya bahagia berdua bersama Nurain, mencambah kasih sayang anak dan ayah.

"Walaupun saya terpaksa merempat di merata-rata tempat dan menagih simpati saudara Islam sebagai saudara baru."jelasnya sambil tersenyum.

Matanya berkaca seolah-olah tidak mampu membendung sebak atas kesengsaraan yang dihadapinya sejak dua tahun lalu.

Penulis terpaku dan kagum dengan ketebalan iman yang di dalam anugerah-Nya bagi Amir.

"Tapi bukan semua orang suka melihat orang susah, bang. Tapi saya doa akan kekal sabar dan saya bersumpah menjaga anak saya ini hingga ke hembusan nafas saya yang terakhir,"  katanya lagi. 

Ikuti perbulan lanjut penulis bersama Amir dalam 'Syah Kaki Lima' pada Sabtu, 24 Jun, 2017 di saluran Astro AWANI 501 dan di astroawani.com.my

Astro AWANI
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: