Friday, 30 June 2017

Raya Ketiga Masih Ada Yang Hanya Menikmati Apollo Tiada Ketupat Walau Sebutir Beras

loading...
Raya Ketiga Masih Ada Yang Hanya Menikmati Apollo Tiada Ketupat Walau Sebutir Beras

Dalam kita bergembira menyambut raya , masih ada yang tercicir dan berduka sedih . dimanakah mereka pusat zakat kala ada masyarakat yang masih tak dapat kunyah sebutir nasi di pagi raya ? allah sedihnya ..

Perkongsian ini dari Syafiq Rasidi , terjumpa seorang makcik yang nampak sedih .

2s95N9p
Jumpa seorang makcik ni semalam menjelang maghrib.

Dia ambil 3 apollo coklat dan dgn nada kebimbangan ditanya harga utk 3 apollo. Mungkin bimbang wang tidak cukup.

Naluri kemanusiaan rasa seperti ada yang tidak kena kebetulan ada wang baki lagi.

Terus ditanya

” Makcik nak apa apa lagi, ambillah, tak payah tanya harga, saya bayar”

Makcik dengan nada perlahan dan sayu “Kalau boleh makcik nak beras”

Allah. Tersentap jiwa. Dalam hati sah ni apollo dia beli utk dia bertahan perut makan malam.

“Takpe makcik, ambillah yang mana makcik nak, gula dan minyak dah ada ? “

Lalu makcik ni berjalan mengambil gula dan minyak.

Diucapnya terima kasih dan kata katanya “Hanya tuhe (Tuhan) boleh balas” membuat hati tersentap dan sebak. Lihat mata makcik bergenang air mata,hati terus turut serta menangis.

sebelum keluar kedai. Sempat hulur duit raya “Selamat Hari Raya, Semoga Allah mudahkan makcik”

Siapa sangka pada hari raya ketiga. Masih ada insan yang juadah malam hanya Apollo dan beras pun tiada. Allah. Satu tarbiyah jiwa. Alhamdulillah. tq Allah.

kita raya, bkn kita seorang nk gembira. Jenguk2 juga rmh usang, x ckup dgn prasangka baik shja. Pesanan utk diri sendiri.

# makcik ambo terjumpa di kedai runcit, tak sempat nk tanya alamat bagai. dalam keloratan, tak terpikir nak ambik nama dan sbgainya. mohon jgnlah tanya alamat dan kawasan. sbb ambo kne g cr dlu pakai gmbr asal. tq
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: