Header AD

Rakaman ular tedung selar panjat pintu masuk rumah di Batu Pahat

loading...
loading...
Rakaman ular tedung selar panjat pintu masuk rumah di Batu Pahat


TULAR rakaman video seekor ular tedung selar memanjat masuk sebuah rumah melalui jeriji pintu di Batu Pahat Johor pada jam 4 petang semalam. Rakaman itu tersebar di laman sosial Facebook.

Menurut sumber media sosial, dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang semalam itu, pemilik rumah berkenaan sebelumnya dikatakan terdengar bunyi bising di luar rumah sebelum pergi memeriksa.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Tanpa diduga seekor ular tedung selar dilihat sedang menjalar di luar rumahnya. Beliau sempat merakam kejadian itu sehinggalah ular tersebut memanjat masuk ke dalam rumah melalui lubang angin di atas pintu masuk rumah tersebut.

Difahamkan ketika kejadian itu, tidak ada sesiapa di dalam rumah justeru tidak ada kemalangan jiwa atau sebarang perkara buruk yang berlaku.

Pihak bomba telah dihubungi dan ular tersebut dikatakan telah berjaya berjaya ditangkap.

Mujur ada orang nampak ketika ular tu masuk rumah, kalau tidak tak pasal-pasal tuan rumah tidur dengan ular tedung selar.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Rakaman ular tedung selar panjat pintu masuk rumah di Batu Pahat Rakaman ular tedung selar panjat pintu masuk rumah di Batu Pahat Reviewed by kak tie on 5:33:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan