Header AD

Netizen Siasat Sendiri Kes Buli Hingga Mati Zulfarhan Dan Mereka Jumpa Bukti Rakaman Video

loading...
loading...
Netizen Siasat Sendiri Kes Buli Hingga Mati Zulfarhan Dan Mereka Jumpa Bukti Rakaman Video
Bersalin-.jpg

Selepas enam orang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa atas tuduhan membunuh Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada Mei lalu, suspek utama kes tersebut merupakan kawan baiknya sendiri.



Laman sosial Twitter, Instagram dan YouTube milik salah seorang suspek, Mohd Akmal Zuhairi Azmal yang tidak diletakkan dalam mod ‘private’ telah menjadi tempat untuk netizen menjalankan penyiasatan mereka sendiri dan netizen mendakwa Zuhairi merupakan rakan baik Zulfarhan.



4-34.jpg



Sehari sebelum Zulfarhan disahkan meninggal dunia, Zuhairi memuatnaik beberapa status di laman Twitter yang didakwa berkaitan dengan keadaan Zulfarhan yang melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.




zuhairitwitter.jpg



Netizen juga menjumpai beberapa video untuk merawat kesan melecur yang dipercayai telah ditonton oleh Zuhairi menerusi laman YouTube.




zuhairiyoutube.jpg



Dalam pada itu, netizen juga menemui beberapa foto mereka bersama di laman Instagram milik Zuhairi.




zuhairiinstagram.jpg


Melalui bedah siasat, arwah di katakan mengalami lecur tahap 2 dan 3. Jumlah lecur itu juga sangat banyak di badan sehingga 80%.Menurut doktor jika arwah hidup dan selamat, dia perlu menerima seluruh badannya di penuhi dengan parut kesan seterika termasuklah di bahagian kemaluan.


Jumlah kesan seterika bukan sahaja banyak iaitu sekitar 9 hingga 10, rusuk kiri arwah juga ada yang patah. Namun kenapa semua itu di sembunyikan dan tidak di bawa berjumpa doktor dengan segera?

3-51.jpg


Idea untuk menggunakan seterika bagi mendera mangsa itu tidak pasti datangnya dari siapa. Namun begitu ramai orang mempertikaikan bagaimana seorang rakan baik boleh bertindak begitu hanya kerana satu perkara yang boleh di bincang dengan baik. Ada netizen berpendapat, mungkin sahaja tentera di ajar untuk menjadi lelaki sejati dan perlu menyimpan seluruh emosi dan bertahan.



Oleh sebab itu apabila satu hal yang berlaku yang boleh mencetuskan kemarahan, semua emosi itu terluah dengan dasyat kepada mangsa. Apa pun kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah.


Terdahulu, Zuhairi bersama empat penuntut UPNM yang lain didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh Zulfarhan pada Mei lalu.



Manakala seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa berusia 21 itu juga merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.




2-97.jpg



Kredit: Astro Gempak
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Netizen Siasat Sendiri Kes Buli Hingga Mati Zulfarhan Dan Mereka Jumpa Bukti Rakaman Video Netizen Siasat Sendiri Kes Buli Hingga Mati  Zulfarhan Dan Mereka Jumpa Bukti Rakaman Video Reviewed by kak tie on 11:54:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan