Saturday, 3 June 2017

LUAHAN SAYU CLASSMATE, Rakan Kerja di Aeon dan Jurulatih Kawad Tentang Peribadi Sebenar Arwah INSP SYAMIR

loading...

LUAHAN SAYU CLASSMATE, Rakan Kerja di Aeon dan Jurulatih Kawad Tentang Peribadi Sebenar Arwah INSP SYAMIR



MEREKA SANGAT TERKEJUT!!. LUAHAN SAYU CLASSMATE, Rakan Kerja di Aeon dan Jurulatih Kawad Tentang Peribadi Sebenar Arwah INSP SYAMIR

Pemergian secara mengejut dan tragis Insp Syamir dua hari lalu mengundang kesedihan yang teramat sangat kepada ahli keluarga terdekat dan sahabat handai arwah. 


LUAHAN HATI CLASSMATE UITM DUNGUN

Sahabatnya Nurun Najat MJ menyifatkan arwah adalah seorang A very Gooddd Guy iaitu seorang yang sangat baik dan selalu membantunya ketika mereka sama-sama belajar di UITM Dungun dahulu 



LUAHAN HATI RAKAN KERJA DI AEON


Najeeha Nasha Mohd Hailani pula menceritakan Allahyarham yang dikenalinya semasa bekerja di bahagian kaunter Aeon sebagai seorang yang sangat baik dan sering memberi tunjuk ajar dan tidak pernah marah-marah ketika bekerja.



LUAHAN HATI JURULATIH KAWAD POLIS


Salah seorang yang turut berdukacita atas kehilangan Allahyarham adalah Fazli Bakri yang merupakan jurulatih kawad kepada Allahyarham selama 9 bulan ketika mejalani latihan polis. 

 Beliau telah meluahkan isi hatinya yang begitu terkejut atas pemergian Allahyarham yang disifatkan seorang yang sangat berdisiplin sehingga beliau telah melantik Allahyarham menjadi Penolong Ketua Platun 13 yang dianggotai Allahyarham Ins Syamir.  
LUAHAN HATI SAHABAT INSP SYAMIR


Sama-sama kita baca luahannya. 

 Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah (G/24428 Ahmad Al-Syamir Bin Sharif Folidin) di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

Aku sebagai guru dan seperti Abg nya sendiri selama 9 bulan aku bersama arwah...siang dan malam bersama arwah...suka dia...sakit dia...murung dia..sedih dia aku tahu...aku akan ambik tahu... Sbb itu memang tanggungjawab aku.. 

Arwah seorang yg sangat berdisplin di dlm platun 13...dan aku sendiri melantik arwah menjadi penolong ketua platun...

Biar la masyarakat cakap ape pun...hanya Allah maha tahu...tipu la aku Kalau aku tak sedih..tak sayu...memang terase sangat sangat... 

Kita tak tahu apa yg dia rasa..apa yg dia pikir..semoga Allah permudahkan segala untuk nya...pada hari kebumian arwah aku tak dapat hadir..sedih...kerana aku ada tanggungjawab yg lain... 

Mungkin sikit terkilan kerana tak dapat melihat arwah kali yg terakhir...

Insyallah ade kesempatan..aku akan ziarah keluarga kamu dan pusara kamu ya shamir.. saya halalkan segala ilmu yg tak seberapa yg saya beri kepada kamu... 

Insyallah...kepada sahabat sahabat atau lebih dekat keluarga platun 13 sentiasa lah doakan sauadara kita ini...Jgn pernahkan lupa 9 bulan kamu bersama...suka duka penat bersama.... shamir....pergilah kamu dengan tenang...insyallah..doa saya akan mengiringi kamu ke sana....

#langkahpertamainmemory 

AlFatihah 

 . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

No comments:

Loading...