Tuesday, 6 June 2017

Lembaga Itu Suruh Aku Dan Kakak Minta Maaf

loading...
Lembaga Itu Suruh Aku Dan Kakak Minta Maaf

Dekat sini ada tak yang pernah mengalami pengalaman seram di ganggu hantu atau apa sahaja, aku percaya kebanyakkan orang pasti ada paling tidak pun ada satu pengalaman yang menakutkan atau menyeramkan.

Di sini aku nak kongsikan dengan semua orang pengalaman aku yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.

Kisah aku ini berlaku sewaktu aku berusia 15 tahun ketika itu aku berada di tingkatan tiga, masa itu memang aku selalu belajar sampai lewat malam pasal masa tahun aku dulu ada Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) jadi semestinya aku bersungguh-sungguh belajar sebab nak dapatkan keputusan yang cemerlang.

Seperti malam-malam yang sebelum ini aku belajar sampai lewat malam sebab peperiksaan percubaan tinggal sebulan lebih lagi, walaupun percubaan tetapi aku tetap nak dapatkan keputusan yang baik.

Malam ini aku berlajar sambil ditemani oleh kakak aku yang kebetulan masa itu baru balik dari belajar sebab ada cuti sem, sambil berlajar itu kami bercerita macam-macam cerita sampaikan tempat belajar dia semua dia ceritakan.

Waktu itu jam menunjukkan pukul 2.30 pagi keadaan sekeliling rumah pun sunyi sepi saja, maklumlah kawasan kampung memang kalau waktu malam ini memang sunyi sampai boleh dengar bunyi unggas.

Tiba-tiba kami mendengar seperti ada orang ketuk pintu rumah kami, agak-agak siapalah yang nak datang pagi-pagi buta macam ini, kalau ikutkan hati memang takut juga nak buka pintu tapi kakak aku ini cuba juga beranikan diri buka pintu nak tengok siapa yang datang.


Aku pun ikut sekalilah dia ke pintu sebab takut juga aku nak duduk dalam bilik seorang diri, bila kakak aku buka pintu masa itu memang tak ada siapa pun dekat depan pintu rumah kami sampaikan kami panggil-panggil lah juga nak tengok kot ada orang yang saja nak main-mainkan kami.


Oleh di sebabkan kami tengok tak ada siapa pun jadi kami tutuplah pintu balik, masuk rumah sambung berborak balik.

Tapi tak sampai lima minit tiba-tiba kami dengar orang ketuk-ketuk pintu lagi tapi kali ini bukan pintu sahaja tapi sampaikan tingkap, bumbung rumah dan keliling dinding rumah kami dia ketuk (rumah papan jadi bolehlah dengar kalau ketuk).

Kami yang masa itu dah merasa pelik sebab kalau orang tak mungkinlah sampai bumbung rumah pun dia ketuk, masa itu habis bulu roma kami meremang dah macam-macam kami fikirkan.

Ketukkan itu tak juga berhenti walaupun dah dekat sejam ketukkan itu berbunyi, kakak aku masa itu memang dah hilang sabar dah, dia terus ajak aku pergi ke luar rumah nak tengok siapa yang kacau-kacau kita orang.

Sambil pegang kayu kakak aku pun terjerit cakap ” wei, kalau berani keluarlah biar aku pukul kau orang, sibuk dok kacau rumah orang ini dah kenapa”. Tapi walaupun macam-macam kakak aku cakap tak ada siapa pun yang munculkan diri, aku apa lagi memang takut menyorok belakang kakak aku saja.

Dah puas kami tunggu tak ada siapa pun muncul jadi kami ambil keputusan masuk balik rumah, kau orang mesti ingat kakak aku itu berani sangatkan.

Waktu kami masuk semula ke dalam bilik tidur kami masa itu dah pukul 4 pagi jadi kakak aku ini cakap dahlah esok saja sambung belajar, dia ajak aku tidur saja.

Masa nak tidur itu memang kakak aku ini letak kepala saja pejam mata dah masuk alam mimpi dah, memang senang dia nak tidur tapi aku ini yang terpusing sana sini sebelum tidur.

Tiba-tiba waktu aku nak tidur itu aku rasa badan ini tak boleh nak bergerak lepas itu muncul pula satu lembaga, Ya Allah hanya tuhan saja tahu perasaan aku masa itu, dahlah lembaga itu rupa dia betul-betul buruk gila dengan rambut yang panjang mengurai dengan baju yang penuh darah kotor gila.

Mesti kau orang semua boleh bayangkan, aku cuba nak gerakkan badan dan rasa nak menjerit saja tapi tak boleh aku seperti di kunci tak boleh nak buat apa-apa.

Lembaga itu datang dekat dengan aku lepas itu dia marak aku, dia cakap aku dengan kakak aku kurang ajar denga dia, dia nak aku dengan kakak aku minta maaf dengan dia baru dia tak akan kacau kami lagi. Lepas dah abis cakap terus lembaga itu hilang.

Menangis-nangis aku bila dah dapat gerakkan badan terus aku kejutkan kakak aku lepas itu kita orang terus berlari pergi bilik orang tua kita orang.

Ayah aku sampai terkejut tengok aku ini yang dah menangis bagai nak rak sebab terlampau takut, tapi ayah aku tenang saja terus pergi berjalan keluar rumah kami dan sekeliling rumah periksa kalau-kalau ada benda yang tak kena.

Alhamdullillah semua ok saja, ayah aku cuba tenangkan aku dan suruh aku masuk saja tidur dan baca surah-surah apa yang patut sebelum tidur supaya tidak di kacau lagi.

Keesokkan hari, bila aku ceritakan dekat kawan sekolah baru aku tahu kawan aku cakap memang dekat kampung kita orang ini memang semua rumah dalam kampung itu di kacau oleh makhluk itu, tiap-tiap malam memang makhluk itu dengan sengaja akan mengetuk setiap rumah yang ada di kampung kita orang.

Meremang bulu roma aku, bila teringatkan kejadian malam tadi. Patutlah sampai bumbung rumah pun dia ketuk, kalau ikut logik memang kalau manusia yang buat mana nak sampai ketuk bumbung rumah itu.

Sejak hari itu kalau ada bunyi apa-apa dekat luar rumah pada tengah malam memang aku akan buat tak tahu saja. 

No comments:

Loading...