Header AD

Kanak-kanak Ini Ditinggalkan Dengan Datuknya. Apa Yang Dia Lakukan Untuk Cari Duit Buat Ramai Orang TERSENTUH !!!

loading...
loading...
Kanak-kanak Ini Ditinggalkan Dengan Datuknya. Apa Yang Dia Lakukan Untuk Cari Duit Buat Ramai Orang TERSENTUH !


Kanak² Ini Ditinggalkan Dgn Datuknya. Apa Yg Dia Lakukan Untuk Cari Duit Buat Ramai Orang TERSENTUH !!! | Masihkah anda ingat ketika berusia lima tahun, anda sedang menikmati zaman kanak-kanak yang penuh dengan keriangan. Bermain bersama rakan-rakan, memakai pakaian yang baru dan cantik, menikmati makanan yang enak, dapat duit raya dan sebagainya. 

Segalanya merupakan pengalaman yang tidak akan pernah dilupakan!

Sementara sebilangan daripada kita bertuah kerana mempunyai zaman kanak-kanak yang menyeronokkan, kanak-kanak ini sudah pun memikul tanggungjawab yang besar dengan membantu datuknya mencari nafkah pada usia lima tahun!

Anak gadis comel ini diberi gelaran sebagai ‘Rama-rama Kecil’ telah ditinggalkan oleh ibu bapanya yang bekerja di bandar untuk dijaga oleh datuknya. Kedua ibu bapanya hanya akan pulang setahun sekali untuk melawat anak mereka.

Si datuk hanya meraih pendapatan bagi menyara perbelanjaan keluarga dengan memungut barangan terbuang. Memandangkan ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak pernah berniat untuk menghantarnya ke sekolah tadika, maka si datuk terpaksa membawa cucu perempuannya memungut barangan terbuang bersama-sama.

                            

Walaupun di usia yang masih muda, kanak-kanak ini tidak pernah membuat ragam dan akan patuh dengan setiap permintaan datuknya selain membantu mencari barangan terpakai.


Gambar di bawah menunjukkan kanak-kanak ini sedang menikmati roti yang diberikan oleh seseorang. 

Walaupun ia cuma sekeping roti biasa, kanak-kanak ini menyatakan ia merupakan pengalaman kali pertamanya memakan roti yang begitu enak! Kasihannya…


Dia gemar membantu datuknya memungut tin-tin kosong, surat khabar lama dan sebagainya. 

Dia juga berasa gembira apabila melihat hasil kutipannya yang dijual ditukar menjadi duit. 

Nampaknya, kanak-kanak ini memahami erti hasil titik peluhnya dalam mengumpul barangan terbuang boleh mendapatkan ganjaran berupa wang.

                            

Dia sangat rajin dan gemar mencari tin-tin kosong kerana diberitahu oleh datuknya bahawa tin mempunyai nilai yang lebih tinggi.

                            

Kanak-kanak comel ini rajin membantu datuknya dan inilah hasil pencarian mereka dalam sehari!


                          

Walaupun seikat kotak yang telah dikumpulkan hanya bernilai sebanyak RM21, pasangan cucu dan datuk miskin ini sudah cukup bersyukur dan gembira. Nilai tersebut dikatakan sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan seharian mereka berdua.

Menurut kanak-kanak perempuan ini, dia berharap agar kedua ibu bapanya akan kembali menjaganya pada suatu hari nanti dan melayannya dengan lebih baik memandangkan dia begitu merindui kasih sayang daripada mereka.  




Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kanak-kanak Ini Ditinggalkan Dengan Datuknya. Apa Yang Dia Lakukan Untuk Cari Duit Buat Ramai Orang TERSENTUH !!! Kanak-kanak Ini Ditinggalkan Dengan Datuknya. Apa Yang Dia Lakukan Untuk Cari Duit Buat Ramai Orang TERSENTUH !!! Reviewed by kak tie on 12:31:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan