Header AD

Iklan Raya Watsons Hina Golongan Berkulit Hitam?

loading...
loading...
Iklan Raya Watsons Hina Golongan Berkulit Hitam?

Gara-gara iklan raya Watsons Malaysia tular dan mendapat kecaman daripada netizen, pihak Watsons Malaysia telah menarik balik video berdurasi lebih kurang 14 minit 37 saat.

Iklan tersebut menampilkan artis-artis terkenal seperti Kamal Adli, Ruhainies, Amber Chia, Bell Ngasri, Raja Ilya, Uqasha Senrose, Thanuja, Alvin Chong dan Sasha Saidin.

 Iklan raya kali ni menggunakan pendekatan watak-watak klasik yang popular dalam kalangan masyarakat seperti Puteri Gunung Ledang, Dayang Senandung, Bawang Putih & Bawang Merah, Puteri Hang Li Po, Laila Majnun, Puteri Mayang Mengurai dan Nang Nak.

Pihak Watsons Malaysia memohon maaf kepada semua yang tersinggung dan terkesan dengan iklan raya kali ni. Pihak Watsons Malaysia juga menjelaskan watak Harum Senandung adalah berasal daripada lagenda Dayang Senandung yang terkena sumpahan kulit hitam tapi memiliki suara yang merdu. 

Tambah mereka lagi, iklan raya kali ni tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana individu kerana mereka menghormati dan menghargai semua bangsa dan agama. 

watsons-malaysia.png

Iklan raya Watsons Malaysia kali ni mengisahkan tentang Al-Kazam (Kamal Adli) yang mengadakan uji bakat Lagenda Cun Raya untuk mencari suara merdu yang hadir dalam mimpi Al-Kazam. 

Akhirnya Al-Kazam menemukan suara merdu tersebut daripada seorang wanita bernama Harum Senandung (Ruhainies) yang menutup wajahnya. Selepas Harum Senandung menunjukkan wajahnya, Al-Kazam terkejut dan terperanjat dengan kulit wanita tersebut yang berwarna hitam legam. 

Pada penghujung iklan, Harum Senandung tidak lagi berwarna hitam legam, katanya tadi tu cuma sekadar untuk menguji Al-Kazam. Ternyata watak Harum Senandung dikecam netizen kerana seolah-olah bersifat menghina mereka yang berkulit hitam.

Jom kita tengok antara kecaman daripada netizen yang diterima oleh Watsons Malaysia.


Semoga pihak Watsons Malaysia akan lebih berhati-hati lepas ni.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Iklan Raya Watsons Hina Golongan Berkulit Hitam? Iklan Raya Watsons Hina Golongan Berkulit Hitam? Reviewed by kak tie on 10:33:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan