Header AD

Hujan Gerimis Iringi Jenazah Pelajar Tahfiz

loading...
loading...
Hujan Gerimis Iringi Jenazah Pelajar Tahfiz
hujan-gerimis-mengiringi-jenazah-sharifu
Hujan gerimis membasahi kawasan Masjid Al-Hashimi sebaik sahaja jenazah  Sharifuddin Mohamad dibawa menaiki van dan meninggalkan pekarangan masjid tersebut.

Lebih 30 rakan seperjuangan arwah memenuhi kawasan pintu utama masjid bagi memberi penghormatan terakhir kepada rakannya yang terlebih dahulu pergi menemui Ilahi itu.

Suasana pilu, hiba dan sedih menyelubungi namun kecekalan dan kekuatan jiwa dan rohani yang dimiliki pelajar-pelajar tahfiz tersebut berjaya ‘menutup’ seketika perasaan tersebut dan dengan tenang melihat van jenazah yang membawa rakan mereka pergi meninggalkan tahfiz.

Ada yang merenung, ada yang bergenang air mata, ada yang hanya mampu melihat ke langit, dan tidak kurang juga ada yang memegang van jenazah tersebut sehingga pintu ditutup.

Solat bersama, namun dalam keadaan berbeza, bukan itu yang dimahukan rakan-rakan seperjuangan arwah, namun mereka terpaksa akur dan reda untuk solat jenazah rakan disayangi mereka itu.

Lukman Baihaki, 14, mengakui arwah Sharifuddin berubah sejak kebelakangan ini dan diabt tidak menyangka ia adalah ‘patanda’ kepada pemergian sahabatnya itu.

“Memang dia berubah sikit, sebelum ini dia ceria. Tapi sejak kebelakangan ini muram sikit, kurang ceria. Main bola pun tidak ceria seperti biasa,” katanya.

Namun perubahan tersebut tidak menjejaskan aktiviti harian arwah, terutamanya untuk menyantuni rakan-rakan dalam segala  hal.

Najmi Abdullah, 14 juga turut berkongsi, pada awalnya, arwah Sharifuddin memberitahunya yang beliau berat hati untuk menyertai rombongan tersebut.

Namun menukar fikiran pada saat-saat akhir dan bersama dengan 14 rakan yang lain.

“Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat arwah kawan saya, persahabatan kami dunia akhirat. Semoga arwah tenang dan ditempatkan bersama golongan yang mulia, Insya-ALLAH,” katanya.

Jenazah seorang pelajar warga Thailand, Sarifuddin Muhammad, 14, juga selamat dikebumikan di kampung halamannya. 

 Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, tujuh pelajar berkenaan maut selepas van dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di sini Lebih memilukan, rombongan mereka yang terdiri daripada 12 pelajar dan dua guru pengiring tersebut dikatakan dalam perjalanan untuk menyertai sebuah program tafsir al-Quran sempena Ramadan di Kota Bharu.- 




TRAGEDI VAN PELAJAR TAHFIZ

TRAGEDI VAN PELAJAR TAHFIZ



TRAGEDI VAN PELAJAR TAHFIZ

















Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Hujan Gerimis Iringi Jenazah Pelajar Tahfiz Hujan Gerimis Iringi Jenazah Pelajar Tahfiz Reviewed by kak tie on 7:48:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan