“Hello Everyone, I’m Fatimah! Selamat Puaso Belako!” — Budak Geliga UK Ini Petah Kecek Kelate!

Wajah comel iras 'Mat Saleh'. Tapi tunggulah sampai dia membuka mulut dan melontarkan bicara. Kita yang berada di tanah air pasti tersipu malu sendiri.



intrend web17 06 11 at 1 55 45 pm

Sumber foto: Instagram @thefamily.uk








ANAK kecil ini baru berusia tiga tahun, dilahirkan pada 3 Januari 2014 di Birmingham, United Kingdom. Meski wajahnya lebih terserlah dengan iras raut 'Mat Saleh', namanya teramatlah klasik — Fatimah O. Mukhlis. 

Meski Fatimah bukan anak selebriti seperti Lara Alana ataupun Aaisyah Dhia Rana, berdikit-dikit, Fatimah telah berjaya mengumpul hampir 38,000 orang pengikut di laman Instagramnya sendiri (dikendalikan ibu bapa) yang diberi nama @thelittlemissdiva. 



intrend web 6 11 at 1 54 40 pm
Sumber foto: Instagram @thefamily.uk




new7 06 11 at 2 40 29 pm_1
Sumber foto: Instagram @thefamily.uk



Apa yang Istimewa Tentang Fatimah?

Jika anda biasa mengikuti satu lagi akaun Instagram (milik ibu bapa Fatimah) iaitu @thefamily.uk, anda pasti terhibur menonton video-video Fatimah bercakap dan menceceh dengan petah sekali. Dengan hashtag #BornToTalk, Fatimah mencuit hati puluhan ribu netizen dengan bicara bahasa Kelantannya yang amat pekat dan comel. 

Fatimah yang petah dan geliga ini tidak berseorangan kerana dia memiliki dua adik-beradik lain iaitu seorang abang dan seorang adik lelaki.
 Antara aktiviti terbaru Fatimah pada bulan Ramadan ini adalah rakaman siri video yang berjudul ‘JAMILAH The Strawberry Jam by Fatimah The Little Chef Diva’.











new17 06 11 at 2 30 51 pm
Sumber foto: Instagram @thefamily.uk



Ayuh, lihat sendiri bagaimana petah dan keletahnya anak kecil tiga tahun ini berkata-kata. Anda pasti terpesona dengan Fatimah. 

Bukan saja kerana kebijakan luar biasanya. Malah lebih jauh dari itu, kaedah didikan yang dianjurkan ibu bapa Fatimah agar anak-anak kecil tidak takut, kaku atau gentar untuk melakukan aktiviti ‘public speaking’ — juga wajar kita contohi. 



LIHAT GELAGAT FATIMAH YANG MENCUIT HATI