Header AD

Gambar penumpang MH128 yang ‘buat gila’ dalam penerbangan Melbourne-KLIA

loading...
loading...
Gambar penumpang MH128 yang ‘buat gila’ dalam penerbangan Melbourne-KLIA

Penumpang yang dikatakan warga Sri Lanka itu tertirap atas lantai dengan tangan berikat selepas berjaya ‘ ditumpaskan’ oleh anak kapal dengan bantuan penumpang.
Pesawat itu terpaksa berpatah balik ketika 25 minit di udara selepas berlepas dari lapangan terbang Tullamarine  menuju ke KLIA gara-gara gelagat penumpang berkenaan.
MH128 berlepas jam 11.11 malam Rabu waktu Melbourne dan sepatutnya mendarat di KLIA jam 5.28 pagi Khamis.
Kalangan penumpang pesawat itu memberitahu sewaktu awal lelaki itu yang dipercayai mabuk buat gila keadaan agak menakutkan.
Ini kerana dia ada mengeluarkan kata-kata ‘ hendak letupkan pesawat ‘ semasa mundar mandir dekat kokpit pesawat itu.

Lagi pun dia kelihatan seperti ada memegang satu bungkusan ( yang kemudian didapati adalah power bank).
Suasana kecoh timbul diselubungi jerit menjerit bila anak kapal cuba mengawal tindak tanduk lelaki itu sebelum beberapa penumpang lain meluru membantu.
Selepas mendarat balik di lapangan terbang Melbourne pesawat itu diletakan di satu kawasan terasing ketika pihak berkuasa Australia ambil langkah keselamatan termasuk memeriksa pesawat dan menahan lelaki itu.-31/1/2017

Ini adalah gambar penumpang pesawat MAS yang ‘ buat gila’ sehingga penerbangan MH128 terpaksa berpatah balik ke Melbourne,Australia Rabu malam.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Gambar penumpang MH128 yang ‘buat gila’ dalam penerbangan Melbourne-KLIA Gambar penumpang MH128 yang ‘buat gila’ dalam penerbangan Melbourne-KLIA Reviewed by kak tie on 4:05:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan