Friday, 23 June 2017

“Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola.-”meninggal dunia

loading...
“Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola.-”meninggal dunia

“Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola.”
Itu adalah dialog diucap murid dalam kelas Cikgu Shaari lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Masam Masam Manis yang ditayangkan pada tahun 1965.
Murid pertama membaca ayat itu dalam filem berkenaan, Nordin Hanafi sudah meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor, akibat penyakit buah pinggang, Isnin lalu pada usia 61 tahun.
Terdahulu, berita kematian Nordin turut tular di laman sosial.
Dalam filem itu, Nordin yang berasal dari Kampung Pasir, Hulu Klang, dekat sini, adalah murid pertama yang diminta Cikgu Shaari ‘Baca Nordin’ yang membaca ayat itu sebelum diikuti murid lain.
P Ramlee yang juga pengarah filem berkenaan turut menggunakan nama sebenar Nordin dengan memanggilnya sebagai Nordin bin Hanafi.
Adik Nordin, Zuraini, 55, ketika dihubungi berkata, arwah abangnya meninggal dunia di hospital berkenaan pada jam 2 pagi selepas setahun disahkan menghidap penyakit buah pinggang.
“Selepas disahkan menghidap penyakit itu, keadaannya tidaklah kritikal dan dia masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa. Doktor juga memaklumkan dia tidak memerlukan rawatan dialisis.
“Bagaimanapun, seminggu sebelum meninggal dunia, arwah mula menunjukkan tanda-tanda lemah badan dan hilang selera makan,” katanya.
Bercerita mengenai filem itu, Zuraini berkata, abangnya berusia sembilan tahun ketika berlakon dalam filem itu.
Ia juga satu-satunya filem lakonan arwah sebagai pelakon tambahan. Ketika hayatnya, Nordin yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak bekerja sebagai penyelia kilang serta menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Selain P Ramlee, Masam Masam Manis turut menampilkan pelakon seperti Sharifah Hanim, Mariani, Datuk Mahmud June dan Raden Sudiro.
Jenazah Nordin yang juga anak ketiga daripada lapan adik-beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Klang, Isnin lalu.
loading...
kongsikan artikel ini

0 comments: