Header AD

Bertahun-tahun kuil Buddha sediakan juadah berbuka untuk orang Islam

loading...
loading...
Bertahun-tahun kuil Buddha sediakan juadah berbuka untuk orang Islam

DALAM kita dicanangkan tentang sensitiviti agama, Islam sebagai pengganas, dan bermacam-macam isu agama yang mewujudkan konflik kepada masyarakat, masih ada lagi satu hubungan unik yang terjalin antara agama berbeza yang sangat menyentuh hati.

Melihat keprihatinan sebuah kuil di Bangladesh yang memberi makan kepada ratusan fakir miskin melarat yang beragama Islam untuk berbuka sangat membuka minda dan hati bahawa agama bukan penghalang untuk mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

Bukan sesuatu perkara baru bagi kuil Buddha Dharmarajika melakukan amalan memberi makan kepada fakir miskin di sana, malah amalan ini telah mula dilaksanakan hampir satu dekad sejak enam tahun lalu.



Setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, beratus-ratus umat Islam tidak kira lelaki, wanita dan anak kecil dilihat beratur seawal jam 3 petang di hadapan sebuah kuil Buddha itu untuk mengambil makanan.

Menurut sami di sana, Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk mereka membantu fakir miskin beragama Islam.

Projek ini asalnya dimulakan oleh ketua sami Shuddhanando Mohathero yang memegang kepercayaan bahawa 'sifat kemanusiaan adalah matlamat utama manusia'.

Karina Bhikkhu, salah seorang sami yang turut sama dalam projek itu dipetik sebagai berkata, kuil itu dibina untuk melakukan kerja-kerja amal untuk keharmonian masyarakat.

Ia adalah salah satu usaha untuk membina hubungan baik dengan masyarakat Islam yang merupakan 90% daripada populasi penduduk di sana.

Makanan yang disajikan dimasak oleh sebuah restoran tempatan Bangladesh yang dimiliki Harun Miah sejak 5 tahun lalu. Mereka perlu menyediakan bungkusan makanan yang terdiri daripada potongan kentang, peyaju( bawang tempura), beguni (tempura terung), chhola-boot (lentil), khejur (kurma), muri (puff beras), dan jilapi ( gula-gula yang dibuat daripada sirap).



Menurut pembantu ketua sami, kira-kira 300 orang fakir miskin mendapat bekalan makanan setiap hari sepanjang Ramadhan.

Seorang fakir miskin bernama Sakhina yang ditemubual Al-Jazeera dipetik sebagai berkata bahawa makanan yang diberikan oleh kuil adalah satu rahmat baginya yang tidak mampu menyediakan makanan untuk berbuka.

Dia merasa mendapat penghormatan daripada agama lain yang sepatutnya didapati dari penganut beragama seagamanya.



Apabila sami-sami itu ditanya tentang kejadian keganasan yang berlaku di selatan Asia baru-baru ini, sami-sami itu tidak menunjukkan sebarang kegusaran kerana bagi mereka, hubungan mereka dengan umat Islam di situ sangat baik menyebabkan mereka tidak bimbang tentang keselamatan mereka.

Ketua agama mereka, Mahetro yang meletakkan asas kepada keharmonian antara agama dipetik sebagai berkata "Mengapa perlu ada konflik? Kita semua warga Bangladesh. Tanah ini adalah untuk kita semua. Dengan membantu antara satu sama lain, kita boleh menjadikan negara ini negara yang hebat"


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Bertahun-tahun kuil Buddha sediakan juadah berbuka untuk orang Islam Bertahun-tahun kuil Buddha sediakan juadah berbuka untuk orang Islam Reviewed by kak tie on 9:53:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan