Header AD

Arwah Zulfarhan cuma minta baju Melayu kelabu

loading...
loading...
Arwah Zulfarhan cuma minta baju Melayu kelabu

JOHOR BAHRU - "Arwah cuma minta baju Melayu kelabu untuk raya tahun ni dan suruh saya jaga diri sebab tak dapat balik puasa ni kerana ada kerja" luah ibu kepada pegawai kadet laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 yang meninggal dunia dipercayai didera, semalam.

Menurut Hawa Osman, 54, anak sulungnya itu tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum pemergiannya tetapi dilihat kurang sihat ketika kali terakhir bertemunya iaitu tiga minggu lalu.

"Mula-mula di bagitahu dia tak dapat balik puasa ini, tapi dia minta beli kan baju Melayu warna kelabu untuk dipakai tahun ini.

"Saya pun dah beli baju itu untuk mereka tiga beradik dan dia tidak dapat merasa pakai sebab dia bagitahu tak dapat balik bulan puasa ini kerana ada kerja.

"Ketika saya hubungi dia baru-baru ini saya dengar suara arwah seperti kurang sihat tetapi dia nafikan dan hanya suruh saya jaga diri" katanya ketika ditemui semasa pengebumian pelajar jurusan kejuruteraan elektrik di Tanah Perkuburan Jalan Kebun Teh, di sini, malam ini.

Hawa berkata, jenazah arwah dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah datuknya yang mana pada mulanya ditempah untuk  bapanya.

"Arwah dikebumikan bersebelahan atuk dia, dan mak sedara, kubur tersebut sepatutnya ditempah untuk ayahnya tetapi dia pergi dulu," jelasnya.

Terdahulu, Allahyarham yang tiba bersama van Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kira-kira jam 8.45 malam itu disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kampung Kurnia, di sini sebelum di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Proses pengebumian berakhir kira-kira jam 10 malam yang mana turut disaksikan lebih 100 ahli keluarga dan kenalan sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang berasal dari Bandar Uda Utama di sini.

Turut hadir pada majlis pengebumian tersebut, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan Briged General Raja Ahmad Ikram Raja Othman serta wakil Menteri Pertahanan.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Arwah Zulfarhan cuma minta baju Melayu kelabu  Arwah Zulfarhan cuma minta baju Melayu kelabu Reviewed by kak tie on 3:59:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan