Friday, 2 June 2017

Amalkan Rebusan Air Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan Kanser

loading...
Amalkan Rebusan Air Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan Kanser
image.jpg
Penyakit kronik sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang betul mampu membantu merawati penyakit ini.

Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.

"Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu rasa buntu hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. 

Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini. Alhamdulillah, kita memohon pada Allah...

Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. 

Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.

Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.

Bahan Bahan:
2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
1 liter air

Cara Membuat:
1.Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
2.Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut citarasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.

Sumber: Puan Nor Hashimah Sulaiman
        Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE)

No comments:

Loading...