Header AD

Ya Allah Fazura,Ramai Murung Bila Dengar Fazura Menyanyi

loading...
loading...
Ya Allah Fazura,Ramai Murung Bila Dengar Fazura Menyanyi

Dengarnya pelakon, Fazura dikritik selepas video persembahannya pada Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) di Kuching semalam disebabkan suaranya yang tidak sesuai dijadikan nyanyian.

Dalam majlis itu, Fazura membuat persembahan bergandingan dengan penyanyi antarabangsa.

 Ada juga pengomen yang mendakwa dia menjadi murung selepas mendengar suaranya sebagai sindiran sinis terhadap Fazura.





Fazura akui sudah dapat 'key' 

yang betul untuk menyanyi





Pelakon dan penyanyi Fazura akui  sudah menjumpai key yang sesuai dengan suaranya.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata sebelum ini dia terlalu memaksa diri untuk menyanyi lebih daripada keupayaan sebenar sehingga menggunakan key yang salah ketika bernyanyi.

"Saya sudah jumpa key yang betul untuk menyanyi sekarang.

"Saya dapat key itu selepas berjumpa dengan beberapa komposer yang mengatakan saya menyanyi menggunakan key yang salah.

"Mereka menasihatkan saya supaya jangan terlalu memaksa diri melebihi keupayaan ketika menyanyi.

"Menurut mereka ketika menyanyi saya tidak perlu menjerit untuk buktikan sesuatu. Setiap orang ada kelebihan suara tersendiri.

"Jadi saya akui saya telah menyanyi mengikut key yang salah ketika merakamkan lagu  Sayangi Dirimu sebelum ini," katanya kepada Astro Gempak.



Terdahulu, Fazura pernah beberapa kali dikritik tentang nyanyiannya terutama ketika membuat persembahan secara langsung di acara Perlumbaan Grand Prix Malaysia (GP) Formula Satu (F1) di litar Sepang, tahun lalu.

Fazura berkata dia berterima kasih kepada pihak yang cuba memalukan dan mengkritiknya sebelum ini kerana ia telah memberi lebih semangat untuk memperbaiki nyanyiannya.

"Sebelum ini saya ada juga rasa marah mengapa orang perlu viral (video nyanyiannya) bahagian yang tak 'ok'.

"Tapi tak mengapalah, kini saya ingin mengucapkan terima kasih sahaja kepada yang berniat memalukan saya serta mengkritik nyanyian saya kerana apa yang berlaku telah membuat semangat saya lebih kuat.

"Saya percaya bila kita dilanda dugaaan seperti ini kemudian kita redha, kelak Tuhan akan memberi sesuatu yang lebih baik untuk kita," katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Fazura kini merupakan artis eksklusif syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Sebagai permulaan, dia telah pun tampil dengan sebuah single duet bersama juara program The Voice Filipina iaitu Jason Dy menerusi lagu Nothing Like Pag Ibig.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Ya Allah Fazura,Ramai Murung Bila Dengar Fazura Menyanyi Ya Allah Fazura,Ramai Murung Bila Dengar Fazura Menyanyi Reviewed by kak tie on 11:23:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan