Header AD

Wanita misteri serba hitam bawa burung raven dalam tren jadi viral

loading...
loading...
Wanita misteri serba hitam bawa burung raven dalam tren jadi viral

SEORANG wanita dirakam membawa seekor burung raven di dalam tren. - AGENSI

MOSCOW – Tindakan seorang wanita yang membawa seekor burung raven hitam semasa menaiki sebuah tren bawah tanah kini menjadi viral di internet.

Sekeping gambar menunjukkan wanita berkenaan yang mengenakan pakaian serba hitam selain celak tebal duduk di dalam tren bersama seekor burung peliharaannya yang bertenggek di atas pahanya.

Penampilan wanita itu yang kelihatan misteri selain menyeramkan menyebabkan gambarnya menjadi viral di internet.

Gambar yang dikongsi oleh seorang lelaki dari Minneapolis, Max Sparber di Twitter sejak Sabtu lalu telah dikongsi semula lebih 113,000 kali dan menerima lebih 264,000 Like.

"Pastinya, anda seorang wanita misteri, namun anda kelihatan muram semasa menaiki tren dengan burung raven," tulisnya.

Rata-rata pengguna Twitter menggelar wanita itu sebagai simbol magis, namun segelintir pengguna lain menyifatkan burung peliharaannya mengimbas kembali mengenai hasil karya Edgar Allen Poe bertajuk The Raven.

"Burung itu kelihatan jinak, namun tindakan wanita ini membawa haiwan berkenaan ke dalam tren adalah sesuatu yang jarang dilakukan," komen seorang pengguna yang enggan dikenali
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Wanita misteri serba hitam bawa burung raven dalam tren jadi viral Wanita misteri serba hitam bawa burung raven dalam tren jadi viral Reviewed by kak tie on 8:34:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan