Header AD

Tak Sangka Tempat Secantik Ini Ada Di Malaysia

loading...
loading...
Tak Sangka Tempat Secantik Ini Ada Di Malaysia

Tak habis fikir ada tempat secantik macam ni di Malaysia. Mungkin ada yang kata gambar ni edit atau gambar original di Salar de Uyuni, Bolivia.

Tapi tidak!

Sebab semua gambar ni di Sky Mirror Kuala Selangor. Orang Kuala kena bangga! Hahaha.
Kali ni saya nak share tip ke Sky Mirror. Jemput baca dan jangan lupa share untuk bercuti ke syurga tersembunyi ni! Tapi nak cerita sikit, Sky Mirror adalah tempat pelancongan yang baru ditemui di Kuala Selangor. Jadi, tak peliklah kalau anda baru tahu.
Untuk maklumat, Sky Mirror Kuala Selangor hanya boleh dikunjungi 6 hari setiap bulan Lunar Cina. Bukan hari-hari ya.
Bagi aku, Sky Mirror ni satu tempat yang ajaib! Sebab ianya di tengah laut dan bukan pulau kerana bila air pasang, tempat tersebut akan ditenggelami air setinggi 6 meter (tinggi syiling rumah 2 tingkat) kapal besar pun boleh lalu.
Bila air surut, barulah jadi seperti pulau buatan. Disebabkan ada air bertakung di atas pasir tersebut maka terjadinya “sky mirror” pantulan langit yang dapat menghasilkan gambar seperti berdiri di atas lantai cermin. Pemandangannya terlalu cantik, Subhanallah.
Cukuplah cerita pendek mengenai keajaiban Sky Mirror, ni tips yang aku nak share.
1. Tak perlu terbang ke Bolivia, cuma perlu drive sejam dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor. (tujuan – jambatan Sungai Buloh Sasaran)
2. Perjalanan dari Sasaran menaiki bot ke Sky Mirror mengambil masa 30 minit, pastikan anda menepati masa. Andai kata bot gerak pukul 8 pagi, anda kena ada dekat sana pukul 7:30. Kalau lambat, bot terpaksa tinggalkan anda kerana faktor air surut.
3. Semasa menaiki bot menuju ke Sky mirror kalau beruntung, anda akan dapat tengok ikan Dolphin. Aku termasuk orang yang beruntung sebab dapat tengok ikan Dolphin melompat-lompat. Terpengun ada ikan Dolphin dekat laut Kuala Selangor sampai aku terlupa nak tangkap gambar. Hahaha.
4. Di Sky Mirror, anda ada masa 1-2 jam untuk bergambar sampai puassss. Di sana akan ada orang yang tolong tangkap gambar, cuma pakai handphone dan camera sendiri.
5. Tip untuk bergambar, utamakan bayang-banyang! Pakai baju cerah dan warna-warni supaya ada kontra color di shadow nanti. Jangan pakai baju gelap ye bang. Kalau boleh pakai seluar paras betis atau seluar pendek dan tak perlu pakai kasut. Gunakan aksesori yang disediakan seperti payung, kipas dan lain-lain sebaik mungkin untuk mendapatkan gambar yang unik. Just be kreatif.
6. Selesai di Sky Mirror, anda akan dibawa ke Pulau Angsa. Di pulau ni takda apa, cuma singgah untuk tunggu air pasang dan isi perut, sambil makan, boleh lah tengok-tengok sudut yang cantik untuk bergambar.
7. Balik ke Sasaran, bermacam-macam jenis burung memegang kain rentang yang bertulis “Selamat jalan dan berjumpa lagi.” Haha (bergurau).
Bila tengok gambar di Sky Mirror, aku macam tak percaya ! Seriuosly tempat tu sangat cantik dan unik. Uollssss must visit guyss!
Pergilah lah sebelum orang dah ramai pergi boleh set jadual bercuti dah.
Oh ya! Lupa nak bagitau. Macam mana urusan nak ke Sky Mirror ?
Anda boleh contact atau whatsapp Uncle Ah Huat atau Calvin, aku pergi Sky Mirror dengan dia orang. Bapak dengan anak, dua-dua bagus. Si Calvin banyak bagi idea untuk tangkap gambar yang ohsem! Dan dia sanggup baring sampai pakaiannya basah untuk snap gambar aku.
019-277 7570 – Ah Huat
012-559 7570 – Calvin
Itulah 7 tips dari aku yang dah ke sana, aku harap perkongsian ni dapat membantu korang untuk ke Sky Mirror Kuala Selangor.
Selamat bercuti ke Sky Mirror.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Tak Sangka Tempat Secantik Ini Ada Di Malaysia Tak Sangka Tempat Secantik Ini Ada Di Malaysia Reviewed by kak tie on 11:42:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan