Header AD

Siapa Letak Pocong di hentian bas?

loading...
loading...
Siapa Letak Pocong di hentian bas?

Polis menyiasat perbuatan pihak tertentu yang meletakkan patung diselimuti kain putih seperti pocong di hentian bas di Bandar Leila, di sini, baru-baru ini.

Pocong di hentian bas
Pocong di hentian bas

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, tindakan itu mungkin dilakukan bagi menakutkan orang ramai.

“Kita meminta individu yang menyaksikan kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan jika mempunyai maklumat lanjut.

“Saya juga meminta penduduk setempat supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam. Perbuatan itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan penyanyi tempatan, Mohd Rezuwan Batjo, 35, bahawa ada pihak tertentu meletakkan patung diselimuti kain putih di perhentian bas sehingga menakutkan pengguna jalan raya.

Mohd Rezuwan atau nama komersilnya, Rezu Hayr Adinawan berkata, tindakan itu menyebabkan ada ahli keluarganya ketakutan selepas terlihat ‘jelmaan pocong’ ketika melalui kawasan perhentian bas terbabit, Isnin lalu.

Berikutan tidak puas hati, dia ke lokasi kejadian sebelum mendapati ‘pocong’ itu adalah guni yang diselimuti kain putih dan diisi dengan kain kanvas di dalamnya.

Dia memuat naik kejadian itu di Facebook sehingga mendapat perhatian ramai pengguna termasuk mereka yang pernah terkejut selepas melihat kain itu di beberapa lokasi di sini.



Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Siapa Letak Pocong di hentian bas? Siapa Letak Pocong di hentian bas? Reviewed by kak tie on 10:24:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan