Header AD

Selamat Tinggal Mak - Salman Abedi

loading...
loading...
Selamat Tinggal Mak - Salman Abedi

PENGEBOM berani mati di Manchester, Salman Abedi didakwa menghubungi ibu dan adik lelakinya 15 minit sebelum melancarkan serangan berdarah di Manchester Arena yang mengorbankan 22 orang.


Seorang jurucakap bagi pihak berkuasa Libya berkata, Abedi membuat panggilan itu bagi mengucapkan "selamat tinggal" kepada ibunya yang merupakan pakar saintis nuklear selepas memujuk ibu bapanya untuk menyerahkan semula pasportnya yang diambil.


Abedi memberitahu ibu bapanya bahawa dia mahu mengerjakan Umrah dan mereka dilaporkan 'gembira' terhadap permintaan itu.

Jamal Zubia, yang merupakan tokoh dalam komuniti Libya di Manchester memberitahu The Times: "Bapanya mempunyai kesemua pasport dan menyimpannya.

Tetapi Salman memberitahu dia mahu mengerjakan Umrah, maka itulah sebabnya dia mahu meninggalkan Libya. Ibunya gembira mengenai perkara itu.

Adik lelaki Abedi, Hashem, 20 dilaporkan telah membuat pengakuan semasa sesi soal siasat pada Selasa dan Rabu bahawa dia mengetahui semuanya berhubung abangnya pergi ke Manchester.

Ahmed ben Salem, seorang jurucakap bagi Rada Force, sebuah unit pasukan keselamatan berkata, "Dia (Salman) juga membuat panggilan kepada ibu dan adik lelakinya 15 minit sebelum 'operasi' itu bermula." 

Serangan berani mati di konsert Ariana Grande di Manchester Arena yang meragut 22 nyawa itu turut mencederakan lebih 100 orang. - Mirror

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Selamat Tinggal Mak - Salman Abedi Selamat Tinggal Mak - Salman Abedi Reviewed by kak tie on 8:32:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan