Header AD

Popularnya Nekbat Mok Som

loading...
loading...
Popularnya Nekbat Mok Som


Meskipun tanpa pembantu, Mok Som begitu cekap menghasilkan nekbat yang ditempah pelanggan.


Hakcipta terpelihara “Hanya telur gred AA digunakan. Saya menggunakan tiga biji telur untuk satu adunan yang boleh menghasilkan 27 biji nekbat. Telur akan dipukul sehingga kembang sebelum ditabur dengan tepung beras sedikit demi sedikit.
Dapur kayu
“Banyak atau kurang tepung beras itu akan menentukan tekstur kuih nekbat yang dihasilkan. Adunan yang sudah siap akan dimasukkan ke dalam loyang tembaga dan sedia dibakar,” katanya.
Bagi menyerlah warna nekbat, Mok Som akan meletakkan sedikit pewarna kuning. Jelas Mok Som, loyang tersebut akan dibakar menggunakan dapur kayu dan sabut kelapa sehingga masak. Teknik memasak tersebut menjadikan kuih itu mengeluarkan aroma harum secara semula jadi.
Menurut Mok Som, kaedah membakar secara tradisional masih dikekalkan bagi memastikan keaslian kuih nekbat. “Walaupun ada yang mencadangkan supaya kuih tersebut dimasak menggunakan ketuhar elektrik, namun rasanya tidak sama.
“Sepanjang bulan Ramadan, operasi membuat nekbat di bangsal bermula pada pukul 7 pagi, berhenti sebentar untuk solat Zuhur sebelum sambung kerja sehingga pukul 4 petang,” ujarnya yang mengusahakan pembuatan nekbat bersendirian kerana kedua-dua anaknya bekerja di Kuala Lumpur.
Mok Som akan terus mengusahakan nekbat berterusan biarpun secara kecil-kecilan.
“Inilah sumbangan kecil saya agar kuih warisan ini terus dapat dinikmati generasi masa kini dan tidak pupus ditelan zaman,” katanya nekbat mampu bertahan selama dua hari jika disimpan pada suhu bilik.
Bagaimanapun, Nekbat boleh tahan sehingga seminggu jika disimpan di dalam peti sejuk dan sehingga setahun jika disejukbekukan.




SEJAK kecil, nekbat menjadi juadah pencuci mulut wajib kepada Khairul Idham Mohamad, 29, setiap kali berbuka puasa. Anak jati Pulau Sekati, Kuala Terengganu, Terengganu itu mengakui iftarnya tidak lengkap tanpa menjamah nekbat. Boleh dikatakan, hampir setiap hari dia akan menjamah nekbat. Nekbat merupakan sejenis kuih tradisional Terengganu seperti baulu. Ia dianggap sebagai makanan eksklusif kerana hanya muncul setahun sekali pada bulan puasa.
Juruteknik sebuah syarikat cari gali minyak yang berpangkalan di Paka, Dungun, Terengganu itu berkata, selain kurma, kemanisan nekbat juga dapat memberi tenaga segera kepadanya setelah seharian menunaikan ibadah puasa.
Nostalgia
Penggemar nekbat, Nur Fatihah Ali, 30, sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan untuk menikmati nekbat.
Menurutnya, menjamah nekbat yang hanya ditemui pada bulan Ramadan umpama mengimbau nostalgia bersama adik-beradiknya berpuasa pada zaman kanak-kanak.
“Saya lebih gemar nekbat yang disejukkan. Biasanya sebelum berbuka, saya akan masukkan kuih berkenaan ke dalam peti ais selepas menyiranya dengan air gula.
“Lazimnya, saya dan adik-beradik akan makan nekbat selepas menunaikan solat sunat tarawih. Nikmat sewaktu nekbat yang manis dan sejuk masuk ke rongga mulut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” ujar gadis yang menetap di Kampung Kesum, Manir, Kuala Terengganu tersebut sambil tersenyum.
Khairul Idham dan Nur Fatihah mempunyai persamaan iaitu meminati nekbat air tangan Kelesom Abdullah. Kelesom merupakan pengusaha kuih tradisional itu di Terengganu.
Ujar Khairul Idham, biarpun ada beberapa pengusaha nekbat di sekitar mukim Manir yang terletak di pinggir bandar raya Kuala Terengganu, namun dia sekeluarga lebih gemarkan nekbat air tangan Kelesom Abdullah, 63, atau lebih mesra dipanggil Mok Som.
1 Ramadan tahun ini jatuh pada hari Sabtu. Seawal pukul 11 pagi, dia telah berkunjung ke rumah Mok Som terletak di Kampung Padang Macang, Manir untuk membeli nekbat kering yang juga dikenali sebagai nekbat tawar.
“Mok Som menjual nekbat tawar panas-panas yang dimasak di sebuah bangsal berhampiran rumahnya. Aroma kuih yang dimasak secara tradisional menggunakan sabut kelapa itu boleh dihidu dari jauh.
“Saya gemar nekbat tawar air tangan Mok Som kerana ia lebih lembut dan gebu. Mungkin sebab itu ia lebih mudah menyerap air gula sehingga kelazatannya terasa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Nekbat dibuat daripada dua bahan asas iaitu telur ayam dan tepung beras. Cara menikmatinya ialah dengan merendam nekbat kering ke dalam air gula yang direneh bersama daun pandan.
Mok Som yang mengusahakan nekbat sejak dua dekad lalu hanya menggunakan dapur kayu untuk memasak kuih tersebut. Pada peringkat awal, dia menjual nekbat kepada beberapa peniaga gerai makanan dan kuih di sekitar mukim Manir. Keenakan nekbat hasil air tangan ibu kepada dua anak lelaki itu mula meniti dari bibir ke bibir pengguna yang pernah menikmatinya.
MOK SOM menghasilkan sekitar 1,000 biji nekbat sehari pada bulan Ramadan.



Syawal
Justeru, tidak hairanlah ramai pelanggan dari Terengganu termasuk Besut dan Kemaman yang terletak beratus kilometer sanggup ke bangsal Mok Som semata-mata mahu membeli kuih tersebut.
“Bermula Ramadan, pelanggan mula datang sejak pukul 10 pagi untuk membeli nekbat tawar. Biasanya 1,000 biji yang saya buat sendirian laris dijual menjelang pukul 4 petang setiap hari.
“Saya hanya akan berhenti menjual dua hari sebelum Aidilfitri. Namun, saya membakar kembali nekbat pada 2 Syawal bagi memenuhi permintaan tempahan rumah terbuka dan perantau-perantau kota yang pulang ke kampung untuk berhari raya,” jelas wanita berusia 63 tahun itu.
Mok Som memberitahu, dia juga mendapat tempahan daripada pengusaha Gerai Kuih Gong Kapas, Kuala Terengganu yang terkenal dengan jualan lebih 100 kuih tradisional pelbagai jenis sejak bulan Rejab lagi.
Menurut beliau, sepanjang Ramadan, pengusaha gerai kuih itu, Tengku Shukri Tengku Mohamad, 47, akan datang ke rumahnya untuk mengambil tempahan 1,000 biji nekbat tawar setiap tiga hari.
Tempahan
“Sebelum itu, pada setiap bulan Rejab dan Syaaban, beliau turut menempah nekbat tawar sekitar 500 biji,” katanya.
Wanita itu memberitahu, selain tiga bulan tersebut, dia hanya membuat nekbat mengikut tempahan yang diterima untuk kenduri-kendara dan majlis-majlis rasmi.
Jelas Mok Som, 100 biji nekbat tawar dijual pada harga RM20 bagi tempahan manakala pelanggan yang datang sendiri membeli di bangsal pula boleh mendapatkan kuih itu pada harga RM1 untuk lima biji.
Dalam sehari, Mok Som menggunakan sebanyak 111 biji telur hampir 10 kilogram tepung beras bagi menghasilkan sekitar 1,000 biji nekbat.
Mewarisi resipi turun-temurun nekbat daripada arwah ibunya, Mok Som mengakui dia tidak begitu arif asal-usul kuih tersebut.
Menurutnya, perbezaan antara baulu dan nekbat ialah nekbat hanya boleh didapati di Terengganu dan Kelantan. Rasanya juga tawar dan ia perlu dimakan dengan air gula.
“Air gula dan daun pandan direneh sehingga menggelegak sebelum nekbat kering dimasukkan. Kuih itu akan balik-balikkan di dalam periuk itu supaya air gula meresap ke dalamnya.
“Mengikut sukatannya, sesudu gula pasir adalah untuk sebiji nekbat tetapi seiring dengan perkembangan semasa yang lebih mementingkan kesihatan, kuantiti gula dikurangnya mengikut cita rasa masing-masing,” katanya.
Mok Som juga berpesan, bagi mengelakkan nekbat terlalu kembang sehingga menyebabkannya hancur, kuantiti air perlu kurangkan. Sebaiknya minum air kosong sama ada sejuk atau suam selepas makan nekbat bagi mengimbangi rasa manis kuih tersebut.
Beliau menjelaskan, tiada pantang-larang khusus dalam pembuatan kuih tersebut. Namun kegebuan nekbat banyak bergantung kepada kualiti telur ayam, teknik memukul telur dan cara mencampurkan tepung beras.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Popularnya Nekbat Mok Som Popularnya Nekbat Mok Som Reviewed by kak tie on 11:34:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan