Header AD

Pijak Gaun Pengantin Mahal,Putera George Dimarah Middleton

loading...
loading...
Pijak Gaun Pengantin Mahal,Putera George Dimarah Middleton

Pippa dan James melihat ke arah sekumpulan pengapit kanak-kanak yang memeriahkan hari bersejarahnya. - Mail Online



PUTERA George tidak sengaja mencetus kemarahan bondanya, Kate Middleton kerana terpijak gaun pengantin Pippa Middleton.

Gelagat putera yang berusia tiga tahun itu sebenarnya mencuit hati hadirin yang hadir ke majlis perkahwinan yang dianggarkan bernilai 700,000 Pound Sterling (RM3,944,367) itu.

Menurut Mail Online, gaun perkahwinan Pippa yang serba putih itu bernilai 40,000 Pound Sterling (RM225,392).

George kemudiannya kelihatan merajuk di luar gereja selepas insiden itu dan Kate lekas memujuk anaknya agar ceria kembali.

Pippa mengahwini seorang bilionair, James Matthews di Englefield, Berkshire di United Kingdom pada pagi Sabtu.

Sementara itu, adinda George, Charlotte, 2, turut mencuri tumpuan lensa para paparazi kerana 'bertugas' menjadi pengapit kepada ibu saudaranya itu.


Pippa bakal mengahwini jutawan, Matthew dalam satu majlis tertutup di Englefield, Berkshire. - BBC


Majlis Kahwin Adik Kate Middleton Dikawal Ketat



Pippa bakal mengahwini jutawan, Matthew dalam satu majlis tertutup di Englefield, Berkshire. - BBC

TETAMU sudah mula kelihatan di majlis perkahwinan adik ipar Putera William, Pippa Middleton dan James Mathews.

Pippa yang merupakan adik Kate Middleton mengikat tali pertunangan dengan jutawan itu pada tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan (6.30 petang  waktu Malaysia) di Gereja St. Mark dalam satu majlis tertutup.

Beberapa orang awam juga dilihat hadir di perkampungan Englefield, Berkshire untuk menyaksikan majlis penuh bersejarah bagi pasangan itu.

Gereja tersebut yang terletak beberapa kilometer dari kediaman keluarga Middleton dan merupakan tanah persendirian telah menyukarkan orang awam dan pihak media untuk memasuki kawasan itu.

Difahamkan, kawalan keselamatan begitu ketat sehingga penduduk setempat diminta untuk membawa kad pengenalan bersama mereka dan dilarang sama sekali untuk bercakap dengan pihak media.
Pemain Tenis, Roger Federer dan isterinya, Mirka adalah antara tetamu yang bertuah untuk menghadiri perkahwinan itu. - BBC


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Pijak Gaun Pengantin Mahal,Putera George Dimarah Middleton Pijak Gaun Pengantin Mahal,Putera George Dimarah Middleton Reviewed by kak tie on 8:51:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan