Header AD

Pelik...Wanita Miskin Dipaksa Bersalin Normal, Wanita Kaya Memilih Bersalin Abnormal

loading...
loading...
Pelik...Wanita Miskin Dipaksa Bersalin Normal, Wanita Kaya Memilih Bersalin Abnormal



Semalam, selepas membaca apa yang aku tulis, ada orang tanya dalam bahasa Inggeris "so, basically, are you stating the obvious or are you trying to give a solution?"

Aku cuba jawab dalam satu perbandingan mudah;

Seorang wanita yang miskin, jika dia ingin bersalin....dia akan ke hospital kerajaan. Apa saja yang terjadi pada dia, kaedah dia bersalin dan kat mana dia tinggal, semua dah ditetapkan pihak hospital. Bila hari bersalin, dia dipaksa untuk bersalin normal sebab doktor nampak yang dia boleh bersalin normal. Jadi menahan lah sakit dia setengah hari contraction dan akhirnya selepas azab menahan sakit bersalin, dia pun selamat melahirkan anak dia.

Seorang wanita kaya yang juga mengandung, dia mahu bersalin di hospital swasta. Dia pilih wad mana dia nak, dia pilih makanan apa yang dia akan makan.

 Pada satu hari hari, doktor pun datang bertanya,"puan, nak bersalin normal atau c-section?" Wanita tu pun yang memang dah mengharapkan nak bersalin c-section sebab nak sama tarikh lahir dengan dia, mintak c-section. 

Dia nak jaga bukaan vagina dia supaya terus ketat agar suami dia puas. Doktor pun setkan tarikh sekian2. Waktu di dewan bedah, doktor bertanya, nak epidural tak? Nak bius macam mana? 

Nak tidur ke nak sedar? 

Wanita itu pun menjawab dia nak separa sedar sebab dia nak tengok anak dia keluar dari perut. Akhirnya selamatlah wanita tersebut melahirkan anak dia pada hari yang sama tarikh lahirnya dengan dia dan yang lebih hebatnya, sama waktu dengan dia. Mungkin itu bonus daripada doktor tersebut.

So, apa point aku?

Ada masanya, jadi miskin lebih baik, berbanding jadi mampu tapi tak ada otak. Sebab orang yang mampu akan create macam2 benda yang dia rasa perlu dalam kepala otak dia, padahal, benda tu sebenarnya tak perlu.

Solusinya?

Dalam menjadi mak bapak zaman sekarang, kalau situasi tu tak memerlukan kau bedah perut kau, jangan bedah perut kau walaupun kau ditawarkan benda tu, hanya kerana kau mampu.

Sebab kalau kau yang volunteer diri kau kena potong, kau abnormal sebenarnya.

p/s..hehe..tak tahu nak kata apa dah...sekali pikir macam betul

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Pelik...Wanita Miskin Dipaksa Bersalin Normal, Wanita Kaya Memilih Bersalin Abnormal Pelik...Wanita Miskin Dipaksa Bersalin Normal, Wanita Kaya Memilih Bersalin Abnormal Reviewed by kak tie on 3:57:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan