Header AD

Pelbagai Jus Segar Untuk Berbuka Puasa

loading...
loading...
Koleksi Resepi Jus Segar Untuk Berbuka Puasa |Bila tiba musim Ramadhan...tapi ketinggalan juga persiapan untuk berbuka puasa

Koleksi Resepi Jus Segar Untuk Berbuka Puasa
Nak sediakan lauk lauk? Kuih-muih? Dan juga minuman untuk berbuka puasa! Lagi mudah, anda beli saja di bazar Ramadhan...macam-macam juadah yang telah disediakan oleh para peniaga. Murtabak? 

Ayam percik? Jus air balang?... Tapi puaskah beli di bazar. Disini saya kongsikan resepi jus segar untuk berbuka puasa yang sesuai untuk seisi keluarga.

Koleksi Resepi Jus Segar Untuk Berbuka Puasa 


1. RESEPI JUS LAICI KIWI

Bahan-bahan :
● 2 biji buah kiwi
● 150 gram buah laici
● 1 gelas air laici
● 2 gelas air mineral
● 3 sudu makan gula pasir
● Air secukupnya

Cara buat :
1. Hiris buah kiwi bentuk tiga segi untuk isian dalam air
2. Kemudian, masukkan air dan gula dalam jag. Kacau rata biar sehingga gula larut.
3. Masukkan pula air laici dan dikuti buah laici dan kiwi.
4. Akhir sekali masukkan ais.

2. RESEPI JUS OREN NATA DE COCO

Bahan-bahan :
● 2 biji buah oren
● 150 gram nata de coco
● 2 gelas air sirap
● 1 sudu makan biji selasih
● Ketulan ais secukupnya

Cara buat :
1. Buah oren dan kisarkan bersama dua gelas sirap.
2. Tapis jus ke dalam jug
3. Masukkan biji selasih, nata de coco dan ketul ais.
4. Sedia dihidangkan.

3. RESEPI JUS LEMON PUDINA BERSODA

Bahan-bahan :
● 1 biji lemon untuk diperah jus
● 6 helai daun pudina
● 1 gelas soda
● 3 gelas air mineral
● 4 sudu makan gula pasir
● Ketulan ais dan air secukupnya

Cara buat :
1. Perahkan jus lemon dahulu.
2. Masukkan jus lemon soda dan air ke jag.
3. Masukkan gula dan kacau biar sehingga larut.
4. Masukkan hirisan lemon dan pudina ke dalam jag.
5. Akhir sekali masukkan ketulan ais dan sedia dihidangkan.

4. RESEPI JUS SIRAP KELAPA MUDA

Bahan-bahan :
● 1 mangkuk isi kelapa muda
● 3 gelas air kelapa muda
● 3 sudu makan sirap gula
● ketulan ais dan air secukupnya

Cara buat :
1. Tuangkan sirap gula ke dalam jag.
2. Kemudian masukkan air kelapa dan kacau rata.
3. Masukkan air kelapa dan juga isi kelapa muda. Kacaukan lagi.
4. Masukkan ketul air dan air secukupnya.

5. RESEPI JUS NANAS BERSODA

Bahan-bahan :
● 250 gram nanas segar
● 150 gram nanas dalam tin
● 2 atau 3 hirisan nanas
● 3 gelas air mineral
● 3 sudu makan gula pasir
● 1 gelas air soda
● ketulan ais dan air secukupnya

Cara buat :
1. Kisar nanas dahulu sehingga hancur dan kemudian masuk ke dalam jag.
2. Tambahkan air bersma gula dan kacau hingga hancur.
3. Tambahkan soda bersama ais dan kacau lagi.
4. Sedia dihidangkan.

Mudahkan korang nak buat resepi minuman jus segar paling simple berbuka puasa. Ofkos baik untuk kesihatan anda. Cuba buat untuk bulan Ramadhan tahun ini. Terima kasih sudi membaca blog Koleksi Resepi Jus Segar Untuk Berbuka Puasa.

Kredit info dan gambar : rasa.my
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Pelbagai Jus Segar Untuk Berbuka Puasa Pelbagai Jus Segar Untuk Berbuka Puasa Reviewed by kak tie on 5:33:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan